Tuesday, September 13, 2011

Perkara yang tak di sangka

Alhamdulillah kami adik beradik dapat berkumpul lagi di rumah arwah ayah, walaupun ayah dah tiada lagi untuk meraikan sambutan hari raya bersama. kami anak2nya akan mengekalkan amalan berkumpul di rumah ayah selagi termampu walaupun hakikatnya kami semua dah ada keluarga sendiri. alhamdulillah jugak coz Faizal pun telah mengutarakan hajatnya selepas berkahwin dulu, akan menyambut hari raya Aidilfitri/Aidiladha disebelah saya dahulu, kemudian barulah balik di sebelah mertua pulak. dia tak mau ada istilah tahun ni sebelah sini, tahun depan sebelah sana kerna padanya dua2 keluarga ni wajib di raikan (ini cuma pendapat suami saya dan perancangan keluarga kami sendiri). baik...saya sebagai seorang isteri cuma menurut perintah.


Ramai jugak makpakcik macam tak percaya apabila kami adik beradik datang bertandang seperti tahun2 yang lepas mengikut urutan seperti mana sama dengan ketika adanya ayah. bila bertandang tu apalagi, sambutan tu dah tentulah dengan linangan air mata (raya ni rasanya memang banyak sangat air mata tumpah), sumpah bila sampai malam, mata saya dah naik sembab sebab banyak sangat menangis. orang kata tak elok masa bulan baik kita menangis tapi air mata ni macam murah sangat nak keluar meleleh. makpakcik tetap rasa macam kosong je sebabnya selalu bila kami adik beradik datang beraya, mestilah ayah akan bersama2 tapi kali ni kosong je. ada jugak makcik saya tak masak nasi putih atau buat lemang sebab tu semua makanan kegemaran ayah. dia mengandaikan yang kami anak2 ayah takkan datang masa raya nanti, tetapi hakikatnya kami tetap datang macam biasa. macam mana tak luluh perasaan orang tua melihat hanya anak2 arwah je yang datang...ah nak menangis lagi.


Kenyataan tetap kenyataan, takkan boleh diubah lagi. insyaAllah kami akan mengekalkan apa yang telah ditetapkan/atur sebelum ni walaupun tanpa ayah bersama kami.

5 comments:

Anonymous said...

Seronok bila dapat berkumpul macam tu.

Mimy Hamid said...

kami sistem bergilir...sebab megat masih ada mak ayah di terengganu..kena adil la kan bila kawen org jauh..

Ann Ishak said...

Kunang-Kunang - haah memang seronok

Ann Ishak said...

Mimy - saya pun still ada ibu mertua lagi dan kg dia pun jauh jugak tapi itulah still ikut perancangan keluarga masing2

Mimy Hamid said...

akak takpe masih boleh jumpa mak mertua kat kg baru...kena adil gak ngan megat ..mak n ayah dia masih ada kat terengganu takkan tak jenguk...lagipun kami kat kl memang duk ngan mak mertua...so adil la