Tuesday, September 27, 2011

Puas hati...

Orang perempuan kalau tak banyak kasut tak sahkan. ada penah ko jumpa perempuan muda belia macam ahkak ni cuma ada sepasang kasut saja...alahaiiiiiii cermatnya orang itu. jgn pulak ko pegi compare dengan insan2 yang memang tak berkemampuan, itu dah cerita lain babe. sesungguhnya insan2 begitu, tak pernah aku lupakan, insyaAllah.

Khususnya kepada yang dah bekerja, ada duit sendiri...memang kasut tu agaknya penuh tangga rumah, sampai dalam kereta pun dah jadi rak kasut bergerak. tak payahlah yang pekerja ni, yang belajar pun tak kalah jugak walaupun menggunakan account pa&ma. jalan2 dekat mall tu, mata ni pantang je nampak kasut lawa, belek2 cuba pakai sesuai ke tak dekat kaki...lepas tu terus tengok harga. kalau dah hati berkenan, tak kiralah harga mahal mana pun, sanggup gigih jugak tangan mengeluarkan duit. kalau tak nanti tidor malam tak lena weh...asyik mimpi antu kasut datang memanggil. susah jugak bila terkena penyakit sawan kasut nih ye, bahaya kalau tak di ubat segera...ada tak sensei yang boleh tolong, recommen lah

Teringatlah dolu, jaman ahkak ni baru2 nak pandai melawa...orang kata. masa tu gaji tak besar mane pun (macam sekarang gaji aku ni besar sangat pun hihihi). kalau dapat beli kasut baru tu, punyelah cermat ahkak ni pakai...pakai dalam office je, keluar kalau setakat nak pegi tapau makanan tu sanggup ahkak pakai slippar jamban je takut rosak tumit walaupun taklah bertumit sangat pun. betul weh, ahkak tak tipu...demi nak menjaga kasut yang hanyalah satu itu walhal bukannya sampai beratus pun sepasang, cuma lebih sikit seposen je nak cukup 50 hengget. tapi sekarang tidak lagi, bukan sebab ahkak dah mampu untuk membeli yang ratusan ringgit tapi ahkak mampu membeli lebih dari sepasang setahun sekali hasil rembatan diskaun yang mampu jana keinginan naluri kaki ahkak ni.

Ha ko...begitu tamak halobanya kaki ahkak ingin memiliki...Vincci kalau jual lambak gini memang tak bagi kotak langsung. bagus jugak, buat semak je kotak banyak2 kan. okay di ulang sekali lagi...jual lambak ye, ahkak tak mampu nak beli yang new arrival tu.

nak feling2 kaki Cinderella walhal kaki ahkak ni dah tentulah size kaki anak gajah...tumit wages

yang ni pulak gladiator pun tak pandang kan...tapi ahkak suka ala2 tali seksilah gitu walhal tapak kaki serupa kembang semangkuk

ah mengoda tak...ahkak punyalah suka kasut ni sampai takde size pun rembat beli jugak. sudahnya pakai macam kasut pinjam je asyik terlepas kasut dulu dari kaki. kasut ni ahkak beli size 8, ada sesapa nak tak...ahkak bagi pree je dek

serius ahkak suka sangat kasut ni, dah tentu menunjukkan keseksian ibu jari yang terserlah

nyesal kalu tak ambik nih...ahkak boleh tak lena tido teringatkan merah chilinya tu

Sumpah aku tak tipu weh...nilah amount yang perlu dibayar RM90 sahaja. dah di kabarin tadi, jual lelong, harus borong.

10 comments:

So Shy Lady said...

wowwowoww biar betik murah sgt2. kdai vincci kt mn tu?
bkenan la yg petak hitam putih tu

AzMask said...

kat vincci mid valley jek ker offer nih? Nak try terjah vincci jusco wangsa maju mcm nih... murah banget tu..

Mimy Hamid said...

maafin buk mampu tengok tapak tinggi..tapi gladiator tu memikat hatiku...ni rasa nak terjah vincci gak...

Ann Ishak said...

SS Lady - tak tau skang status kasut tu ada lagi ke tak, masa beli tu hari pun dah tinggal size besar2 je.

Ann Ishak said...

AM - tak sure pulak, tapi boleh survey kot

Ann Ishak said...

Mimy - cubalah cari, tapi tak taulah ada lagi ke tak...

Gua Tertidur said...

gila murah???

Ann Ishak said...

nak beli selipar jepung tu pun lagi mahal kan...

matahari said...

akak...murahnya...bestnya kalau sy dapat kasut warna putih tu...sy ni pengumpul kasut vinci...klu leh beli byak2 mcm ni lagi la best....sale ni smpao bile je kak?

Ann Ishak said...

entahlah dek...ahkak pun tak pasti, cubalah jalan2 dekat vinci tu...rasanya ada je sale hihihi. samalah kita ye, ahkak pantang nampak sale...mesti nak singgah punye