Tuesday, September 20, 2011

Pusara FIL pulak

Sebelum balik ke kg sebelah Faizal, kami singgah dulu di pusara arwah ayah Faizal di Cheras. kali pertama aku datang ke sini. pelik sambil aku bertanya, kenapa u tak bawak air nak pegi kubur. tak payah bawak air, dekat sana nanti ada orang jual, katanya. wahhhhh air untuk siram pusara pun ada jual jugak ker, kalau bunga tu aku taulah. macam2 duduk dekat bandar ni kan, sampaikan ini pun boleh buat bisnes jugak. memang betul pun, ada banyak gerai yang menjual air dan bunga dekat depan pintu masuk tanah perkuburan ni. suasana baru untuk akulah yang tak berapa urban ni.

pusara arwah, bagus terjaga kawasannya bersih

semoga rohnya di cucuri rahmat

Selepas selesai bacaan Yasin, kami terus balik ke kg Faizal pulak di Perak. jalan masyaAllah, rasa nak kematu kaki setiap kali menekan padel break. masa ni baru terasa nyesal pulak drive tadi, navigator sebelah best je tido...bengkek je tengok. dalam perjalanan tu terpaksa berhenti dekat tempat rehat je untuk solat sebab kalau berhenti dekat RnR...belum tentu lagi boleh dapat parking.

Selamat sampai di kg pun dah 6pm, kebetulan memang ramai orang dekat rumah...makanya kami laki bini tido hotel je sepanjang berada di kg Faizal. petang hari raya ke 2 tu, family Faizal berhajad untuk buat kenduri doa selamat selepas isyak. bermulalah hari paling sibuk sampaikan memang takde gambo langsung sebab tak menang tangan nak buat kerja.

8 comments:

matahati-aishahazhar said...

sekarang ni yang penting poket tu ada duit je.. hulur je segala barang boleh dapatkan...

herm.. tak yah susah2 bawak air dari rumah.

Mimy Hamid said...

perak jauh ke ?? area mana...jalan berliku je bunyi nya...hehehe Alfatihah buat arwah bapa faizal..

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk roh arwah ayahanda suami.

Ann Ishak said...

RK - yelah ek serba senang skang ni

Ann Ishak said...

Mimy - mana ada jalan berliku, lurus je cuma jam yang teruk

Ann Ishak said...

kak KK - terima kasih kak

Anis Azalea said...

orang yang pergi, kita di dunia ni doa2kanla mereka. orang kat dunia ni carilah juga orang2 yang mungkin akan doakan kita bila kita pula pergi.

Ann Ishak said...

eri - itulah yang aku risaukan sekarang, belum tentu orang yang paling dekat dengan kita mampu ingat mendoakan untuk kita nanti.