Wednesday, September 7, 2011

Quaker Hadi's

Dapat trial packet ni...eh silap, sebenarnya aku mintak dari kawan...sebab teruja pulak nak merasa quaker oatmeal perisa strawberry ni. xcited ko, aku bukannya suka sangat makan oat nih...mau kembang je tekak nak menelan.

Orang kata kalau kita amalkan memakan oat setiap hari, boleh jadi kurus...ermmmm ye ke. bukan tak percaya tapi aku belum ada kekuatan lagi nak menelan out ni sesaja. aku lebih suka makan bubur oat, masak bersama dengan sayur2an dan seafood...memang terangkat weh sama macam makan bubur nasi.

Berbalik kepada quaker oatmeal perisa strawberry ni, wa cakap lu memang sedap weh. kali pertama aku boleh makan oat begitu je tanpa perlu nak masak buat bubur lagi. cuma tambahlah air panas, dah boleh makan dengan lahapnya. haruslah aku mencari quaker oatmeal perisa strawberry ni lagi.

Yang ni memang aku dapat percuma je masa lalu Akleh tadi, diorang bagi sample coffee untuk di cuba. ermmmm rasa bolehlah tahan macam kopi2 yang lain jugak. cuma aku kureng berkenan bila mana ada campuran ginseng dalam kopi tu...tak suka sangat rasa ginseng nih, terus spoil nak cuba lagi.

No comments: