Friday, September 23, 2011

Sardin masak kicap

Kenal ini tin...ari ni kita makan sardin je ye. maklumlah dah ujung2 bulan ni, lepas raya pulak tu...lagilah laku makanan ni kan. tapi kali ni aku tak nak makan sardin biasa2 je, nak cuba masak cara lain pulak...ubah selera katakan walaupun hanya menggunakan sardin, wahhhhh macam yoyo je. selalunya orang bila tengok sardin ni sinonim dengan masak sambal atau kari sardin tapi kali ni aku nak cuba masak dengan kicap pulak.

bawang merah, bawang putih dan halia di hiris...halia tu memang aku sengaja potong gitu sebab boleh buat gigit2 sambil buang angin

bawang besar dengan cili padi ikut tahap kepedasan - di mayang

dah masak kicap tentulah kena ada kicap

air asam jawa gaul sendiri - aku dah lama nak cari asam jawa cap adabi tu, senang kan dah siap tinggal masak je lagi...tapi nak cari dekat kedai mana ek?

goreng semua bahan hiris dengan minyak

selepas naik bau masukkan kicap

akhir sekali masukkan sardin dengan sosnya sekali, air asam jawa dan perasa dengan garam

Siap dah...tetiba nampak bawang je yang penuh, sardin kena timbun. aku memang suka bawang besar tu, taruk banyak2 pun takpe kekdahnya. makan bersama dengan nasi panas2 berasap tuh...perhhhhhh

sambal colek tetap kena ada, dah tekak melayu kan

dengan ayam goreng jugak

6 comments:

Mimy Hamid said...

series boleh tiru...look like sedap...selalu masak sambal sardin je

SYANI said...

Sardin tu cicah roti pun sedap...

Eri-chan said...

sedap weh..walaupun sardin. asam adabi tu aku selalu beli kat giant jek..takpun kedai2 runcit biasa ada je jualll

Ann Ishak said...

mimy - hahahah cara2 memasak lauk sardin...meh makan sardin hari ni

Ann Ishak said...

syani - kan kan....banyak resepi boleh buat dengan setin ikan sardin

Ann Ishak said...

eri - dekat mini market umah aku ni macam tak pernah nampak pulak...aku tukar kedai lain pulak la