Friday, September 9, 2011

Sup tulang berempah

Malasnya nak menaip, lengan ni tah kenapa malam ni asyik sengal2 je rasanya (nak kata kerja kuat sangat, tak jugak huhuhu). ingat lepas ni nak sapu minyak panaslah bagi reda sikit rasa sengal2 tuh. urat2 meragam agaknya memalam ni sampai nak berblog pun rasa punah jugak nih. takpe bagi pulun satu entry, lepas ni boleh tutup terus lappy bagi rest dulu. bukanlah citer best pun, kisah masak memasak je, biasalah entry standard perempuan2 moden zaman kini lalalalala...resepi seperti tajuk entry di atas ye.

Sediakan tulang, (bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, ketumbar, jintan putih, jintan manis - semua ni bagi blender), sup bunjut dengan minyak masak.

Rebus tulang dengan air bersama sup bunjut sehingga air rebusan menjadi separuh atau daging empuk. sementara tu tumiskan bahan blender tadi dengan minyak sehingga garing. selepas tu tuangkan tumisan tadi ke dalam sup daging tadi dan perisakan dengan garam. sup ni memang kaya dengan rasa rempah ratusnya, so ada orang yang suka dan ada jugak yang tak berapa sangat rasa rempah2 tuh. kalau yang tak berapa suka, boleh gunakan cuma sup bunjut tu saja tapi rasa kureng kick lah.

Sorrylah sup aku tu togel je sebab aku kureng nak teruk segala hiasan2 ni (sebenarnya dah tak sempat sebab dah kebuluran tahap ke 7). kalau ada yang rajin tu bolehlah taburkan dengan daun sup, barulah nampak berseri kan. aku suka makan sup berempah ni bersama dengan fresh toast...habislah sebatang kalau makan bersama suami hihihi...

2 comments:

Mimy Hamid said...

raya ke 4 pak mentua masak sup gearbox..terangkattttttt

Ann Ishak said...

untunglah bila ada pak mertua lagi