Friday, September 2, 2011

Tak terluah tapi kini...alhamdulillah

Bukan sengaja nak simpan cerita ni sampai basi tapi memang tak mampu menahan emosi diri. biar gambar ni yang menjadi kenangan...bukannya chronology kisah. sempena dalam bulan Syawal ni, tiba2 rasanya hati dah semakin kuat menerima kenyataan.

anak menantu perempuan ayah

Cucu2 kecik yang sampai sekarang masih bertanyakan bila atuk nak balik. ayah tak berapa mesra sangat dengan cucu2nya waktu ni. cucu2 punyelah berkeliaran kelilingnya tapi tak diendahkan langsung walhal sebelum ni ayah memang kuat menyakat cucu2nya. cucu2nya semua manja dengan ayah.

Salah satu perkara yang agak janggal ayah buat...dia cuma berselipar walhal selama ni dia seorang yang memang pengemas. jarang sangat2 dia berselipar walaupun hanya ke kedai kopi. dia pasti akan memakai kasut hitam berkilatnya tu. tapi kini kasut tu masih lagi berkilat dan tersimpan rapi di rumah.

Satu2nya anak yang baru je melepaskan tanggungjawabnya. selepas aku selamat bernikah, lepaslah sudah tanggungjawab ayah terhadap ku. tiada lagi tangungan untuknya dan memang menjadi niatnya selepas aku selamat bernikah, ayah ingin menunaikan umrah. ketika ni selepas 3 bulan aku menjadi isteri, ayah menunaikan niat umrahnya ke tanah suci.

cucu2 besar

macam biasa kami semua tak kira anak cucu ayah memang suka berkeliling ayah...

bergambar kenangan sebelum ayah masuk ke dalam balai berlepas

cucu ayah yang paling kecik sekali...nisa

tengah tunggu masa untuk masuk

menantu yang ke 3 dengan cucu ayah

menantu yang ke 4 dengan cucu ayah

anak beranak

anak perempuan ayah yang kecik sekali

penat berdiri selama 3 jam sebelum menunggu ayah masuk ke balai berlepas

Menantu ayah ke 6...rupanya dah banyak amanat yang ayah tinggalkan dekat Faizal sebelum dia ke tanah suci.

sehinggalah tak nampak lagi bayang atuk, anak cucu tetap melambai kepadanya

Ayah pergi meninggalkan kami untuk ke tanah suci menunailan umrah pada 27 March 2011. selepas itu setiap hari pasti ayah akan phone anak2 walaupun sekejab tapi cukup untuk bertanya khabarnya di sana. ayah tak bagi anak2nya call tapi dia akan call dari sana sebab dia tau, call dari Malaysia adalah mahal berbanding ayah call sendiri dari sana. lagi pun senang katanya, tak menganggu waktunya nak beribadat.

Setiap hari memang aku menunggu dengan sabar panggilan dari ayah dan ternyata ayah akan tetap call anak2nya tak pernah culas. bila di tanya akan kesihatannya, ayah mesti kata dia sihat2 je...cuma semput2 sikit je sebab cuaca sejuk dekat sana. tu katanya sambil suaranya pun ceria je. tak sangka itulah kali terakhir kami anak2 mendengar suaranya. sehinggalah suatu pagi pada 4 April 2011, kami mendapat call dari Mekah tapi bukan dari ayah...tapi cuma perkabaran ayah telah meninggal dunia sebelum subuh.

Apa lagi yang mampu dilakukan, ayah pergi jua meninggalkan kami, meninggalkan cuma kenangan buat kami. hanya Allah je yang tahu perasaan waktu tu...tak dapat nak diungkapkan. syukur alhamdulillah, ayah sempat menunaikan ibadat umrah sebelum dia di jemput di tanah suci mu Allah. syukur alhamdulillah, ayah pergi dengan keadaan yang memang takde lagi tanggungjawab yang tidak selesai ke atasnya.

Allahyarham Hj Ishak bin Ali - 4/4/2011
&
Allahyarhamah Hjh Jaharah bt Maarof - 30/8/1987

2 comments:

Mimy Hamid said...

Al Fatihah...arwah dalam gambar nampak tak pandang kamera...agak series je

Ann Ishak said...

al Fatihah...