Thursday, September 1, 2011

TGI Friday's @ Wangsa Walk

Banyak kisah sebelum nak makan dekat sini...asyik ding dong manjang dengan seribu satu macam alasan, tah macam mana akhirnya sampai jugak hajat orang nak makan dekat sini. walaupun hakikatnya tekak aku bukanlah suka dengan makanan dekat sini, once again...dah permintaan orang kenalah kita tunaikan. kang sentap susah...aku memang malas nak layan orang sentap2 nih. demi persahabatan...takpe ku turutkan jua.

Aku pegi selepas waktu berbuka, rasanya waktu tu dah 9pm, memanglah ada je tempat kosong...tak payah nak booking tempat. waktu berbuka tadi, aku makan kurma je dengan milo panas. Faizal yang makan nasi, sempat balik rumah terus masak untuk dia seorang je. lepas tu sama2 keluar tapi berlaianan tujuan, bini berjimba dengan kawan2, laki pegi tarawih...ishh malu malu.

Aku with BFF lepaking di TGI Friday's Wangsa Maju, dekat dengan rumah memasing dan yang paling penting parking paling murah...sengget je. cuma kami datang bukan Friday ye tapi Monday bluesss.

chicken fajita nachos @ RM28.90 bolehlahhh

hot chocolate @ RM8.50 recommended

ni pun aku dah lupa apa namanya...recommended

yang ni aku dah lupa pulak namanya tapi not recommended lah, aku makan sesudu je

macaroni cheese recommended

Yang ni pun aku lupa namanya...recommended lah walaupun agak bosan tengok ayam tuh. bila makan ayam je, tekak tu mulakan muak. serving makanan adalah agak cepat, tak perlu nak menunggu lama. dah 2 kali aku datang dinner dekat sini dan so far serving makanan adalah cepat jugak. taklah macam sesetengah tempat yang aku dengar agak lambat servicenya dari ambik order sampailah hantar bill.

Happy birthday (in advance masa makan2 ni) reen...semoga murah rezeki, panjang umur dan di limpahi rahmat oleh yang maha Esa. hadiah aku pun ko dah dapat kan...hihihihi pun in advance jugak aku bagi. birthday masa dekat2 nak raya ni memang kena advance manjang, takut nanti lepas raya dah takde elocution lagi. maklumlah perbelanjaan masa raya adalah agak besar dengan segala persiapan nak kena sediakan.

strawberry parfait...yummyyyyyy

Jommmmm layan lagi TGI Friday's dekat Alamanda pulak...dengar2nya baru bukak dekat sana. Faizal dah bagi hind2 nak pegi cuba di sana pulak....alolololo sayang kamu.