Wednesday, September 28, 2011

Udang goreng sos tomyam

Petang semalam aku memasak resepi ikut apa yang ada dalam ice gobok...selongkar jumpalah udang yang tak berapa nak banyak lagi. masak udang jelah gamaknya sebab cepat lembut walaupun baru keluar dari ice gobok sejuk beku tu ketika baru balik kereja. bolehlah masak kot, sebelum tu check dulu barang2...ingat di hati nak buat goreng sos tomyam saja.

Bahan A
udang kena ada, size sederhana...kalau ada besar2 pun bisa
garam
chili flakes
telur putih sahaja
tepung jagung

Bahan B
bawang besar - tumbuk
bawang putih - tumbuk
cili hijau nak kemerahan - sebab tu je yang aku ada - tumbuk
cili padi - tumbuk
pes tomyam - tak snap sebab pes tak sampai lagi, order dengan laki mintak belikan
jus limau kasturi
hirisan daun limau purut - dah kering daun tu tapi aku simpan jugak
tomato cherry

Gaul semua bahan A kecuali udang sehingga sebati, dah tu barulah kacau bersama udang pulak. goreng udang sekejab dan angkat ke tepi. gorengkan bahan tumbuk sehingga garing, kemudian masukkan pes tomyam...kacau sehingga naik bau. masukkan air, tomato dan daun limau purut...kacau rata. tambahkan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam. selepas tu masukkan udang tadi dan kacau rata, boleh jugak kalau nak buat agak berkuah, aku lebih suka kering2 gini...ikut suka tekak memasinglah ye.

4 comments:

Mimy Hamid said...

sukeeeeeeeeeee....resepi baru ni kena try

Anonymous said...

Sedap nampaknya dan bahan2nya pun simple saja. Boleh gak try.

msredcheesecake said...

ada udang ni... bule try...

Ann Ishak said...

selamat mencuba...kalau tak sedap, jangan marah ai ye huhuhu