Sunday, September 18, 2011

Ziarah menziarahi

Rutin selepas menziarahi pusara, rumah ke 2 adalah rumah mak saudara (adik ke 2 kepada arwah ayah). kebetulan masa sampai tu mak ngah seorang sebab anaknya terpaksa balik ke Melaka semula, ada emergency. yang perempuan2 mulalah turun ke dapur, dah orang tua yang tinggal takkan nak biarkan dia pulak yang menghidang untuk kami yang ramai ni. yang lelaki dah start membedal apa yang ada dulu.

hidangan seperti biasa wajib di hari raya, ketupat kuah kacang, rendang daging, lemang, lengkong kegemaran + kuih raya.

Selepas ni kami akan balik ke kampung untuk beraya di rumah mak cik jugak adik kepada arwah ayah yang ke 3 pulak.

5 comments:

azieazah said...

Seronok, kan? Bila balik kampung beraya dengan sedara mara yng jarang dijumpa dan jarang dapat peluang menziarah..

Anis Azalea said...

yelah kan kita yg masih hidup ni masa2 nilah nak kena ziarah kaum kerabat, kawan2 mak ayah..supaya kenal diorang2 ni lebih dekat

Ann Ishak said...

kak AA & eri - bagus terapkan amalan ni kepada generasi muda2, walaupun yang dilawat tu cuma orang tua tapi talian takkan putus. lagi ramai kita kenal, rupanya lagi ramai saudara mara kita kan

Mimy Hamid said...

melawat selagi ada hayatnya...

Ann Ishak said...

wajib...