Sunday, October 2, 2011

Biarlah gatal miang pun...

Kalau tak kita tak tau yang diri kita ni dah dewasa kan... tak pun sekurang2nya kita ni normal, ada perasaan suka dekat orang (jantina) lain. aku dolu2 la...pun ada jugak masa gatal miangnya, biasalah hormon bertukar mengikut bulan. tindakan biasa ketika kita meningkat dewasa dan bila adanya perasaan CINTA;

1. Biasalah bila kawan kita bercinta, kita pun sibuk jugak nak bercinta sama. tengok couple tu best je kehulu kehilir bersama2, ohhhhhhh indahnya dunia.

2. Kena ada boy/girl friend kalau tidak orang kata kolot pulak. mana ada orang nak hidup sendiri kan, tentulah nak berteman jugak.

3. Yang ni agak payah sikit sebabnya kita kesian dekat orang tu jadinya kita sedia menerima cintanya. alahaiiiiiiiiii kalau rasa macam tak boleh atau tak sanggup nak teruskan, lebih baiklah berterus terang je, dari berpanjangan tapi akhirnya buat dendam pulak kan.

4. Ada jugak yang nak main cuba try test market cintanya. ala2 buat experiment la, cuba dekat orang ni lepas tu blah je bila rasanya tak serasi....lepas tu cuba pulak dekat orang lain tapi maybe cara lain sikit, skill dah semakin improved kononya. ni lagilah tak patut, kira dah macam nak main2kan perasaan orang pulak.

5. Carilah cinta kerana agamanya...yang ni kalau mendapat, berkat dunia dan akhirat. tapi yang nilah amat payah nak dapat, perlukan penyesuaian yang betul2 telitilah gamaknya. ada ke sekarang ni...?!!

Cari sendiri lah ye...CINTA ni mempunyai maksud meluas yang kadang2 membuatkan ada pelbagai pendapat mengenainya.

4 comments:

Mimy Hamid said...

cinta itu meluas ..lain org lain pandangan..yg pasti saya sudah ada cinta hati saya ...suami tercinta..huhuuh...uwekk tak ?? hahaha

..cik gugu.. said...

gugu nk bercinta lepas kawen,tp da tercinta sblm kawen plak ;)

Ann Ishak said...

mimy - jap...ku jolok tekak ku, boleh kot

Ann Ishak said...

cik gugu - kekalkan, chaiyok2