Sunday, October 23, 2011

Cerita Pasal Coklat

Aku memang penggemar tegar coklat, tak kiralah coklat murah ker mahal ker semuanya aku telan je. tapi kalau dapat yang orang bagi tu, nak2 pulak imported kan….haiiii lagilah nikmatnya. Jangan citerlah pasal keburukan memakan coklat ni, memang aku tak ambik pusing langsung…asalkan dapat masuk tekak setiap hari tu dah memadai. Jangan tak percaya, setiap hari/hampir setiap hari memang aku akan memakan 1-2 bar coklat. Kalau tak makan, boleh pening kepala jugak weh.


Tambahan pulak aku baru je balik dari holiday di Langkawi, tau jelah dekat sana tu memang syorga coklat untuk aku. Setiap hari aku pegi memborong coklat seolah2 besok dah tak boleh makan lagi. Memborong tu bermaksud untuk makan hari tu aja, belum lagi masuk part nak bawak balik…sehinggakan laki aku tu merayu suruh aku stop makan untuk sehari je hihihi. penat agaknya dia asyik tengok aku makan coklat, tak pun takut aku paksa dia beli coklat hari2 ahakssssss. Walhal bukan hari tu je yang aku makan coklat, dah bertahun2 rasanya aku addicted dengan coklat nih. tapi yang peliknya darah ahkak masih rendah lagi…macam mane?!!

5 comments:

Deqna said...

aku pun suka makan cokelat jugak.. tapi sekarang ni kena control2 sikit sbb kadar metabolisme dah kurang... bdan cpt naik..

aku cokelat cadbury pun layan..

Eri-chan said...

bilala nak jumpa bagi coklat..hehe

Ann Ishak said...

ku peram jugak cekelat mung...sampai masa nanti ku pass jua, andai kata tak ketemu...ku belasah jua muahahaha

Mimy Hamid said...

coklat maltese ada beli tak..huhu favvy tu

Ann Ishak said...

my fav choc mestilah whittaker's, ritter sport, toblerone, cadbury, hershey's, kitkat dengan kinder bueno sama dengan eri kannnnnn