Thursday, October 27, 2011

Kisah hati ini menjelang haji

Perasaan yang sama aku rasa dalam 3 tahun yang lepas, perasaan yang mana hati ni risau, rindu sangat2 pada orang yang jauh. terasa kehilangan yang sekejab je sebenarnya tapi alahaiiii lamanya aku rasa. kali pertama jugak terasa aku keseorangan di kala semua orang dok berkumpul di pagi raya. walaupun bersama ahli keluarga yang lain tapi seperti ada kekurangan di situ. sunyi sepi, knowing him yang memang ada gurau sendanya terasa amat kekosongan. inilah kenangan arwah ayah semasa pergi menunaikan haji 3 tahun yang lepas. sekiranya umur panjang, dah tentu tahun ini ayah pergi lagi menunaikan haji untuk kali ke 2 tapi tak kesampaian jua.

25th Oct, aku ke airport lagi menghantar BIL untuk menunaikan haji untuk kali ke 2, sekali lagi hati terasa sayu sangat bila masuk je departure area dekat KLIA nih. dari dalam perjalanan lagi hati dah sayu, sunyi sepi...macam biasa Faizal pun takkan cakap banyak, macam dia pun tau yang bininya tengah melayan perasaan. airport ni secara tak langsung menyimpan segala memory terakhir bersama orang yang TERsayang dalam hidup. macam dapat gambaran ulang tayang detik2 perpisahan dalam bulan 3 yang lepas sewaktu arwah ayah pegi menunaikan umrah. perginya ke tanah suciMu, takkan pernah kembali lagi. kalau hati dah rindu, semuanya sayu belaka.

Selamat pegi selamat kembali BIL ku...kami semua menanti kepulangan mu. sampaikan salam kami pada rumah Allah yang menjadi kerinduan abadi di hati. pergilah tunaikan ibadat mu dengan penuh keimanan di dada, semoga dikurniakan haji yang mabrur.

Aku sentiasa berdoa, sesungguhnya berdoa semoga aku juga berpeluang untuk mengunjungi rumah MU yang mulia ini. permudahkanlah jalan ku, perluaskanlah rezeki ku supaya aku mampu menjadi tetamu MU suatu hari nanti bersama keluarga. Amin...

No comments: