Sunday, October 16, 2011

Lunch @ Steamboat Ketam Village, Ikano

Ari ni aku rasa badan tak berapa nak sedaplah...tanda2 demam bakal datanglah tu apa lagi kan. biasanya badan aku ni kalau rasa ala2 tak sedap tu, petuanya makan sup panas2 (ni petua utk badan sendiri je) tapi kalau korang tak tau lah. lepas makan sup panas2 tu bagi badan pun berpeluh sama, insyaAllah boleh hilang rasa demam. tapi tu semua ketentuan Allah, kalau dah ditakdirkan demam jugak, minum seperiuk sup panas pun tak baik2 jugak kan.

Dah lama sangat aku tak buat review steamboat kan. haaaaa skang ni steamboat kembali lagi di arena (poyo's je). office buddy aku recommend The Steamboat Ketam Village dekat Ikano tu, macam biasa aku pegi masa office hour lah. dah memang badan ala2 demam gitu, memang cocok kalau pegi makan steamboat ni, bukan takat air peluh keluar dek...air hidung pun boleh meleleh sama.

Kuah pilihan untuk orang demam (ahkaklah tu) adalah kari. tah kenapa aku teringin pulak. yang bestnya dengan restaurant ni, kita dapat periuk kuah memasing, tak payah nak kongsi dengan orang lain...dapur pun masing2 jugak. tapi kuah kari tu sedap ko...

Banyak pilihan tapi ini bukan buffet style ye...kena pilih nak makan apa tapi tulah tadi, ada banyak pilihan. pilihan tu semua dalam bentuk set dan ada jugak combo set yang boleh makan sampai 3-4 orang untuk satu set. aku pilih untuk makan curry seafood noodle. nampak je macam tak banyak kan tapi percayalah, bila makan adalah hazab untuk habis. bukan tak sedap tapi banyak rupanya isi perut pinggan tuh.

cili hijau ni sedap weh + pulak dengan bawang goreng dalam minyak bijan (lupa nak snap rupa barang goreng dalam minyak bijan tuh)

kalau tak nak pakai penyepit tu, mintak je garfu. jangan nak tunjuk power, takut nanti udang tu terbang melayang ke lantai

di sebabkan dapur masing2, makanya pemulasnya pun memasing jugak

eh...sexy pulak udang tuh, sorry ye ulang tayang semula

Kesimpulannya restaurant ni tak kurang jugak hebat sedap steamboat nya. jangan risau service adalah pantas, tak payah nak tunggu lama. dan yang peting sekali HALAL ye.

4 comments:

Kathy Tuah said...

x penah lagi try kuah kari..slalu tomyam dgn sup je..

Ann Ishak said...

kathy - cubalah kari pulak, memang sedap jugak

Mimy Hamid said...

selalu terlalu tp tak tersinggah nampak sedap yer rupanya...

Eri-chan said...

x pernah try