Thursday, October 13, 2011

malam Jumaat

Lepas habis berjemaah, makan ramai2 hasil sumbangan sedekah orang2 yang bermurah rezeki dan berniat untuk bersedekah. alhamdulillah hari ni dapat makan nasi berlaukkan ikan masin dengan sambal ikan bilis bersayurkan umbut kelapa masak lemak...memang kenyang berkat sedekah mu wahai mahluk Allah. semoga di murahkan rezeki supaya dapat dikongsi bersama dengan orang yang berhak. hari ni bacaan yassin dengan ceramah di masjid yang sama sering datang setiap minggu apa lagi ke Masjid Kg Melayu Ampang. sambil menunggu si suami yang rancak berbual dengan warga tua...(yang nii betul warga tu ye), tangan ni nak jugak membelek barang2 yang terdapat di meja2 jualan. dapatlah sambar beberapa cd bermunajad buat dendangan halwa telinga di saat hati resah gelisah dah buat penenang minda yang bercelaru.

Tu pasal hari ni laki ahkak amat rajin menjemput walaupun hakikat ahkak je yang sendiri menyuruh. sebab apa...malam ni malam Jumaat

6 comments:

Mimy Hamid said...

malam jumaat macam macam ada....penuh berkat

azieazah said...

Amboiii... malam Jumaat malam yang penuh bermakna jika diisi dengan kegiatan mulia....

Umbut Kelapa Masak Lemak? Biar betul? Meleleh air lioooooor!

Eri-chan said...

bagusnya isian aktiviti agama korang...

Fadzli Amir said...

Salam kenal....sedapnya makan nampak macam simple, tapi dah lama tak makan macam tu...hehehe...malam jumaat..???...terbaikk!!

Ann Ishak said...

mimy - memang berkat, alhamdulillah

kak AA - memang betul kak, memang lakulah lauk simple macam gitu.

Ann Ishak said...

eri - alhamdulillah, sentiasa mengingati sesama insan wak...kadang2 tu alpa jugak.

fadzli - salam kenal jugak, lauk memang simple tapi ala2 kg ni memang tak pernah mengecewakan. ala ada orang sedekah, makan je apa yang ada...tapi alhamdulillah kenyang sangat