Saturday, October 22, 2011

Putih @ Bora Asmara

Bora Asmara, hiasan dalamannya berkonsepkan bali memang cantik di mata ku tapi kalau nak compare tempat, aku suka lagi Bora Ombak. Bora Asmara ni terletak di Sg Penchala, tak jauh dari Sambal Hijau jugak tempat fav aku dengan Faizal. makanan pun tak mengecewakan, ada makanan indonesia, makanan thailand dan juga western. kalau datang malam, tak salah ada musik band jugak...bolehlah kalau berhajat nak mendengar nyanyian lagu pilihan.

Tapi kali ni aku datang atas jemputan walimatul urus yang bertempat di Bora Asmara...haaaa kelas ko. bukan senang nak dapat temputan ni di tempat macam ni jugak kan, sambil makan2 ala bali, nasib pengantin tak ala2 bali jugak, tak kalu mau fensan ahkak tau.

Lauk pauk of the day, bukan aku tak nak ambik banyak lauk tu tapi masa aku nak ambik makanan...kelihatannya lauk hampir abis. nak tunggu refill, adoiiiii lamanya...lebih baiklah aku ambil apa yang ada je. antara menu ayam masak sambal, rendang tok (tapi tak macam rendang pun) dengan acar timun beserta buah2an. pilihan makanan tak berapa IN dengan tekak aku weh, mari bersangka baik...

Kami sampai ni pun agak dah lewat jugak, walaupun my friend takde buat sanding2 bagai dekat sini tapi acara potong kek pun dah lepas masa kami sampai. biasalah banyak sangat agenda sebelum tu, ni pun kira pulun datang terjah je...mengenangkan kawan2 yang lain sibuk call mane tak sampai lagi nih. sudahnya bila aku sampai, diorang pulak sibuk nak balik sebab aku lambat sangat sampai, sorrylah weh...keadaan tak mengizinkan aku sampai on time.

Walaupun aku antara yang lambat sampai, rupanya ramai lagi yang sampai selepas aku. makanya majlis yang di jangka abis dalam 3pm terpaksa extend masa sampai 5pm. nak buat macam manakan, takkan nak di halau pulak tetamu yang baru datang.

Wah bukan senang nak tengok me in WHITE kan...ha ambik ko dengan putih bersihnya aku datang majlis kawin ari nih. ko ingat aku suka2 nak pakai putih bersih ni, tak disebabkan WAJIB...memang aku tak pakai punya. yaaa...setiap tetamu diwajibkan berpakaian bewarna putih sahaja dan untuk lelaki baju putih dan seluar hitam/blue jeans.

Sesungguhnya kami adalah pasangan yang sentiasa mengikut segala tema yang dah ditetapkan oleh tuan rumah. bukan kami saja tapi semua jemputan memang hadir dengan mengikut tema jugak. ahhhhhhh cantik jugak kan, macam seragam je aku tengok. tak kisahlah fesyen apa tapi yang wajibnya adalah in WHITE.

Tema dalam restaurant ni pun turut di susun dengan warna WHITE jugak, sangat menepati dengan cita rasa pengantin rasanya.

Aku pakai ni je sebab aku takde baju kurung serba putih bersih ni, adalah sepasang baju masa akad nikah dulu tapi nehi nehi nehiiii. ni shirt dan pant from British India termasuklah baju Faizal (macam dapat sponsor pulak nak buat promo2 ek).

Haaaa ni dia hok kawan aku yang kawin tu, my friend is pengantin lelaki. ni adalah second marriage dia dan pertama untuk pengantin perempuan. wahhhhh tak tahan betul aku tengok baju merah pengantin nih...kemain naik warnanya dengan di kelilingi warna putih kitorang2.

my laki so in mood untuk menjadi cameraman ari ni

with kak yam

ari tuh ko datang majlis aku, sekarang aku datang majlis ko pulak...adil kan

nak jugakkan ala2 kalah pengantin

Akan datang lagi dengan pasangan pengantin yang lain pulak...apalah kawan2 aku ni semua kemaruk nak buat majlis kawin dekat Bora Asmara pulak. tapi memang cantik tempat ni sesuai untuk acara2 majlis kawin.

Selamat Pengantin Baru
Risya dan Erwien
Semoga berbahagia selamanya

2 comments:

Mimy Hamid said...

putih suci ...wow tema untuk tetamu yang sgt gojes

QASEHNYA RANIA said...

santek ...putih suci ..