Friday, October 28, 2011

Rendang daging

Dah orang nogori kan...rendang merendang ni memang juadah wajib ada setiap minggu...nak2 pulak kalau balik berkumpul anak beranak tu kan, hualaweiiiii meriah. bersempena hari ni hari jumaat, aku masak pagi tadi rendang ni untuk juadah makan lunch nanti (laki ahkak nak bawak bekal rendang pulak). bahan2 memang dah ada, tu yang sempat je nak merendang bagai. ala rendang simple je, cepat nak masak pun.


Bahan2;
1. Daging
2. Santan
3. Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas & serai di kisar
4. Kerisik
5. Daun kunyit
6. Garam

Cara memasak;
1. Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan kisar. kemudian masukkan daging dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan santan dan biarkan sehingga separuh kering. selepas itu masukkan kerisik dan kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan taburkan dengan hirisan daun kunyit. lepas tu bolehlah hidangkan.

3 comments:

Mimy Hamid said...

oh senang je...sempat lagi tu ...masak dari malam eh...

Anis Azalea said...

aku selalu beli bawang2 je, yang lain kalau beli bukan nak pakai akhirnya tong sampah pergi.

Ann Ishak said...

ko jarang masak, jgnlah beli barang dapur banyak2 nanti membazir je