Friday, October 21, 2011

Tupai Tupai

Ni bukan citer tupai melompat dari dahan ke dahan kemudian terjatuh ke tanah sudah ye...ahkak takde mood nak citer pasal sesi kehidupan dek. mood ahkak kelain dah nih...

Kali ni aku pegi dinner steamboat dekat Tupai Tupai yang dekat dengan istana negara tuh. makanan lain ada jugak di sediakan tapi as u know me (macam semua orang kenal ko kan, kerasan betul aku ni), aku ni memang penggemar tegar steamboat...mestilah tak lepaskan peluang nak mencuba steamboat dekat sini pulak.

As usual kalau steamboat ni, kuah mesti 2 pilihan iaitu sup dengan tom yam but i tell u, kuah tom yam nya memang terbaek punye sedap (ikut tekak aku okay) dengan pedas kaw2 punye pada aku yang tak berapa kuat pedas nih. boleh pilih 2 kuah tu pun, aku je yang ambik tom yam semata...so kuah sup tu aku tak taulah menarik ke menolak.

Kalau berhajat nak makan steamboat dekat sini, korang kena datang awal la sebab selepas 10pm (kalau tak salah aku) dah tak boleh order steamboat lagi...yang boleh hanya ala carte je. aku tak tau kena, mungkin diorang malas nak topup bahan2 steamboat tu kot, tahlah. lepas ni tak perlulah ahkak nak pegi sampai istana negara nun semata2 nak makan dekat restaurant ni sebab sekarang Tupai Tupai dah ada jugak dekat Ampang Water Front, ala belakang rumah je weh.

Pada yang nak mencuba makan steamboat ni, bolehlah cuba Tupai Tupai yang dekat dengan tempat korang eh; cuma RM28/per person (ini harga masa aku pegi yang dekat istana negara tuh, tempat lain tak tau pulak harga sama atau tidak).
  1. KUALA LUMPUR
    NO 551 A & B, JALAN BUKIT PETALING,
    OFF JALAN ISTANA,
    50460, KUALA LUMPUR.
    TEL: 03-21432525 FAX: 03-21445921
  2. BANGI
    LOT 1513-A, KG. SG. TANGKAS,
    BT 18, JALAN BANGI,
    43000, KAJANG,
    SELANGOR
    TEL/FAX: 03-89222525
  3. AMPANG
    NO 1, JALAM AWF 1,
    AMPANG WATERFRONT,
    68000, AMPANG,
    SELANGOR
    TEL: 03-42923333 FAX: 03-42921332
  4. SHAH ALAM
    NO 2, JALAN LOMPAT TINGGI,
    13/33 SEKSYEN 13,
    40100, SHAH ALAM,
    SELANGOR
    TEL/FAX: 03-51262525

3 comments:

azieazah said...

Sorang kawan pernah komplen, makan waktu malam di Tupai Tupai situ, banyak nyamuk! Ntah betul ntah tidak...

Ann Ishak said...

tang tu saya tak perasan pulak...sedap sangat makan kot sampaikan tak terasa gigitan sang nyamuk hihihi

Mimy Hamid said...

tak suka sgt steambot...tak tau la napa...pasangan ku jua tak sukee..