Tuesday, November 22, 2011

Adakah kita dikalangan golongan yang tak pandai bersyukur



Kita selalu merungut, kita selalu mengeluh dan yang lebih menyedihkan sehingga berputus asa atas segala dugaan yang melanda diri kita. pernah terfikir setiap dugaan itu ada hikmah di sebaliknya?!!! mungkin sekarang kita diberi dugaan susah sebelum datangnya kesenangan, dugaan sakit sebelum sembuh...cuba bandingkan diri kita dengan orang lain, mesti ada dugaan yang lebih teruk dari dugaan yang kita sedang hadapi ini. aku suka tengok rancangan TV3 tu, Bersamamu. tengoklah mereka2 tu bukan senang kehidupan, tak sempurna tubuh badan tapi masih kuat untuk meneruskan kehidupan walaupun segalanya terbalas. jangan salahkan Tuhan...Dia maha mengetahui segalanya.

Ada jugak keadaan yang pada aku memang menjengkelkan. kalau hidup serba sederhana dari segala segi makan pakai kehidupan harian, tak semestinya ni tak cukup duit gaji untuk menyara kehidupan seharian sendiri atau bukannya tak mau bermewah kan. mungkin mereka lebih suka dengan kehidupan serba sederhana. tak perlulah nak berlumba2 menyamakan diri dengan orang lain, kalau untuk kebaikan takpe jugak, tapi ini lebih nak menunjuk kehebatan la pulak. ada kan!!!

Ada jugak seorang isteri yang begitu menghambakan dirinya kepada suami tanpa merungut, mengeluh, turut perintah suami (semoga syurga tempatnya) dan suami begitu bersyukur dengan kehidupan ini tapi masih ada jugak yang mengata...

'tak payah nak baik sangat, nanti ko jadi balaci laki ko pulak...'

Pulak dah, macam ni pun ada jugak ker?!!! apa korang rasa bila ada orang cakap dengan macam tu. apa nak dikategorikan 'mereka2' ni?!!!

3 comments:

Ros said...

salam,

Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang allah dah bagi kat kita..bukannya dok merungut..kebanyakkan nya manusia ni,semuanya tak kena bagi depa....

Mimy Hamid said...

bukan senang nak puas hati di mata orang...so apa yang kita ada milik bersyukurlah walau kadang tak seindah mimpi..

Ann Ishak said...

Ros - tulah yang susahnya, merungut manjangkan

Mimy Hamid - lebih baik bermimpi indah, jangan hidup tanpa bersyukur