Friday, November 25, 2011

Asal raya mesti meriah dengan makan

Memang pun kan...jarang sangatlah kalau sesebuah rumah tu tak masak apa2, walaupun takat ikan goreng pun meriah jugak kalau dah ramai2 ada di rumah kan. mestilah meriah dengan hidangannya, ragam isi rumah tu sendiri, kalau dah berkumpul macam2 cerita boleh kita dengar.

Orang kata hari raya haji taklah semeriah hari raya puasa, tapi untuk keluarga ku...sama meriahnya. cuma bezanya setiap kali raya haji, kami akan berkumpul di rumah salah seorang antara adik beradik pulak. macam tahun ini, kami berkumpul dekat rumah my sis yang sulong sebab BIL pergi menunaikan haji. yang lelaki2 dalam keluarga tak dapat balik raya bersama, mereka semuanya balik rumah in law memasing. tinggallah yang perempuan2 je berkumpul bersama. takpelah raya tetap raya kan...so juadahnya

lemang

kek, cookies raya pun ada jugak tapi terlupa nak snap. gigihlah anak2 buah buat masa malam raya tuh

nasi impit dengan kuah kacang, tak dapat buat ketupat sebab kaki tangan hanya yang lemah gemalai je...tak larat pulak nak merebus menunggunya nanti

yang wajib ada, nasi dagang

rendang itik

rendang daging, paru, limpa

Kami tak dapat berlama dekat rumah kakak, solat hari raya bersama, makan bersama...lepas tu dah nak balik KL semula. laki ku kerja uolsssss. tanggungjawab harus diteruskan walaupun pada hari raya.

3 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

makk aii sedappnye kuah kacang tu... adehhh

Mimy Hamid said...

mmg meriah gilos...nasi dagang bagai..laki aku nampak excited ni

Eri-chan said...

yummeh