Monday, November 14, 2011

Dinner @ Madam Lim's Kitchen

Dari office lagi dah plan, malam ni tak nak makanlah...kenyang katanya. sipi2 hati pulak ada hajat lagi tu, kalau minum2 tu okay jugak...makan yang ringan2 je. okay since memang plan lepas balik kerja nak pegi JJ AU2, terus je cari tempat untuk minum2 dekat situ. terjumpalah satu resto ni, memang selalu pun jumpa tapi tak pernah teringin nak masuk pun. kali ni rasa macam nak cuba pulak sebab semua resto dekat AU2 ni dah pernah cuba, cuma ni je yang belum lagi. menarik je bila tengok resto ala Chinese style.

tengoklah nanti apa yang kami2 ni order...betul ke yang ringan2 je hahaha tungguuuuuu

ice coffee for Faizal RM2.50 and warm water for me RM0.50

selain chinese style, ada jugak nyonya and thai fusion cuisine

Susun atur resto ni memang menarik dan kemas luar dan dalam outlets nya, perabut kayu digunakan, bolehlah feeling old town gitu. tempat luas dan terang benderang ye...bukannya suram2 kuku. hidangan yang dihidangkan pun memang pantaslah, tak sampai 15mins dah dapat semua makanan yang diorder...masa aku ni orang tak ramai sangat, tu pasal cepat kot.

chicken with black pepper sauce - RM12.90

tom yam tu memang sedap...hirup2 ko sampai licinnnnnnnnnnnnnnnnn, udang besar2 gemuk2. kuahnya memang pekat giloz RM24

mix vege RM7 bersama dengan nasi...wahhhhh ringan makanan malam ni ye

1 comment:

C i k P i p i T e m b a m said...

akak ,tiap2 mggu sy p jusco. haha. rumah dekat je. jalan kaki pon bolehhh :p