Thursday, November 10, 2011

Fenomena 11.11.11

Mestilah masa tarikh ni ramai yang dah booked untuk jadikan tarikh keramat perkahwinan kan. tok kadi pun pening nak menyusun jadual pada hari tu sebab ramai sangat yang nak dinikahkan. itu belum kira lagi yang terpaksa di tolak sebab ramai sangat gamaknya, tak terpikul pulak buat sengsorang walaupun imam ke 2 ke 3 pun dah penuh jugak list. hahaha nasiblah ahkak ni dah kawin, kalau tak...mau jugak rebut2 nak tarikh keramat ni kannnnnnn (ada keinginan lah pulak minah ni ye).

Okay tu pasal nikah kawin, ada jugak lagi yang berebut2 nak beranak pada tarikh ni...siap dah planning ni, dah set booking tarikh dengan doctor nak beranak pada 11.11.11 @ 11.11am/pm hahhhhh...kelassssss ko kiah. agakya pada hari tu, semua hospital tengah sibuk menguruskan kes orang beranak je kot...harap takde sakit pening segala lah ye, manelah tau tak berlayan pulak sebab pihak hospital sibuk menguruskan sambutan bayi bertuah 11.11.11

Ermmmmmm 11.11.11 tu nanti jatuh besok kan hari Jumaat, penghulu segala hari. hari tu jugak taklah hari istimewa Negara kita yang membolehkan kita bercuti pada hari tu melainkan kita submit borang cuti seminggu awal untuk mendapatkan cuti pada tarikh tersebut. tak pun ada jugak yang buat planniung untuk ambil EL (emergency leave) or MC (medical leave) sebab tetiba terasa macam nak cuti ataupun cuti tak approved (ni pun ada ek). ahkak tak cuti pun, malahan dah siap buat plan waktu lunch tu nak berzumbaaaa ala syakira. taklah penting apa pun dengan 11.11.11 dengan jiwa kering ku ini...yang penting cuma 070778 je tarikh keramat ahkak melihat dunia.

Pada yang bakal mengabadikan tarikh keramat ni, semoga terlaksana apa yang di rancang ye. selamat pengantin baru pada yang bernikah, selamat melahirkan pada yang nak beranak, selamat bertunang pada yang bakal bertunang...dan segala2lah perancangan korang pada 11.11.11 tu nanti.

Tapi kita tahukah apa yang sebenarnya akan berlalu pada tarikh tersebut, takde sapa yang tau kan melainkan Allah swt. kita hanya merancang tapi Dia jugak yang menentukan.

12 comments:

Ros said...

salam Ann,

Susah nak jumpak kan tarikh2 yang macam tu,mesti berebut rebut tak mau ketinggalan punya....

Kakzakie said...

Dekat tempat kakak bersalinkan anak kakak dikatakan telah ada 6 ibu yg menempah utk ceaser nak bersalin pada tarikh tersebut. Booking tarikh tersebut.

Sofya said...

kelakar pun ada bila semua nak berebut tarikh tu..
Apapun Dia lebih tahu segalanya.. ;)

Mimy Hamid said...

huwaa teringat tarikh 101010...tap takpe november tetap ku kenang sipi gak ngan 11 tu...walaupun 261111 nanti

s a r said...

assalamualaikum akak.

hmm. memang ramai pun kak. tiap2 tahun macam tu. 10.10.10, 9.9.09. n now 11.11.11.

semua nak nombor tersusun. yang bersalin pun satu hal jugak. hee.

nurkaloi said...

kaloi nak 13.13.2013 ade tak? hahah
ok takde

♥e'in♥ said...

11.11.11. tade pape makne pun bg kite.. ;p

ANA FARHA said...

11.11.11.. nombor yang memang cantik..

Ann Ishak said...

Ros - tu lah kan...

Kakzakie - usahkan nak bersalin...nak tempah dewan pun, harga melambung

Ann Ishak said...

Sofya - tulah kuasa numbor

Mimy Hamid - 11.11.11 la bukan 26.11.11

Ann Ishak said...

s a r - kita tunggu 12.12.12 pulak ek

nurkaloi - kihkihkih tau takpe

Ann Ishak said...

e'in - samalah kita

Ana Farha - untunglah sapa memang dah dapat numbor ni kan