Tuesday, November 22, 2011

Malaysia 5 - Indonesia 4

Terjawab sudah teka teki pingat emas untuk perlawanan bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Bung Karno malam tadi. memang kagum dengan semangat yang semua player tunjukkan walaupun permainan panjang tapi pengakhiran yang mengembirakan.

Hari ni semua player pulang semula ke Malaysia untuk membuat persiapan untuk perlawanan seterusnya menentang Syria besok malam dekat Stadium Bukit Jalil pulak...hah yang ni kalau takde aral melintang, bergantung dengan mood jugak nanti tu, jumpalah kita di sana ye.

Tapi aku pelik la jugak, kenapa kalau pasukan bola sepak kita menang untuk sukan SEA ni, ramai pulak yang mintak cuti. agak2 la...ini sukan SEA, mempertandingkan banyak acara selain bola sepak. dalam result penuh, kedudukan Malaysia masih lagi tempat ke 4 dengan 59 pingat emas di bawah Vietnam dengan 96 pingat emas, Thailand dengan 105 pingat emas dan tuan rumah Indonesia 170 pingat emas. walaupun jauh ketinggalan tapi boleh dibanggakan lagi pencapaian tu but untuk dapat cuti; PM kita dah tweet pung...work hard

2 comments:

Eri-chan said...

sukan sea je pun...cer world cup..hahahaha

Ann Ishak said...

Eri-chan - tak elok berfikiran macam tu, walaupun sukan sea tapi prestasi masih boleh dibanggakan