Thursday, November 24, 2011

Penakut vs Sedetik Lebih

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.


Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.


“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.


“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.




Kesian pun ada, malu tentulah lebih lagi kan...tapi memang tak patut perkaralah ni terjadi untuk acara besar macam AIM. walaupun hakikatnya lagu tu pada aku taklah feel mane pun, lagi terkejut bila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik sedangkan pencabarnya dekat Sedetik Lebih tu lagi berhantu kan... ini mungkin menunjukkan yang musik/lagu Yuna masih tak boleh di terima sepenuhnya di sini tapi harus dibanggakan jugak sebab dia mampu membawa lagunya ke USA sana tuh...kira hebat jugaklah.


Yang pasti Yuna dengan Annuar Zain memang kesian kerana menjadi mangsa kelalaian pihak penganjur...

5 comments:

Mimy Hamid said...

kesian..nampak sgt RIM lalai..anugerah berprestij msia ni..

QASEHNYA RANIA said...

xpa la ..bukan rezeki yuna tu..
salam kenal...jom singgah blog aii..masih baru ,,

azieazah said...

Dunia muzik kita semakin bercelaru lak.

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - nasiblah yuna dengan annuar zain ni professional

Qasehnya Rania - jom jom...

Ann Ishak said...

Kak Azieazah - tahlah kak...benda2 macam ni pun boleh terjadi jugak kan