Wednesday, December 7, 2011

Anak...amanah yang tak ternilai harganya

Gambar yang amat menyentuh hati..seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu : Ya Allah...sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....

Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti.?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti.?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain. tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi..
Ya'Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. padaMu jua aku meminta berikan ku perlindunganMu.
Panjangkan umurku Ya'Allah. bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya'Allah. hanya padaMu aku berserah Ya'Allah..
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang...Maha Pengampun..Maha SegalaNya..Amin.."

4 comments:

Mimy Hamid said...

touching...naluri keibuan menjadi jadi...tearss

Kakzakie said...

Kalau kakak diberi peluang bukan setakat mencium atau memeluknya tapi kalau dibenarkan kakak nak ambil terus tinggal bersama (tapi kalau masih baby)...

Kunang-Kunang said...

Itulah perasaan anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa.

Tak tahu macam mana rasa ibu tiri yang kejam pada anak-anak tiri mereka.

Eri-chan said...

jangan bimbang, Allah sentiasa pelihara anak2 tu. setiap yang berlaku ada sebabnya.