Tuesday, December 20, 2011

Bestnya...

Bestnya kalau setiap hari takde pun orang yang boleh buat kita marah ataupun kita buat orang marahkannnn.

Bestnya kalau orang sentiasa cakap...awak nampak SENTIASA muda dari usia sebenar.

Bestnya kalau hari2 kita tak perlu jadi pemerhati tapi tak nak jugak diperhati atas ke bawah. cukuplah kita berjaga2 sentiasa.

Bestnya sebab aku memang berpendirian tetap walaupun pendirian aku tu bukan semuanya boleh di terima akal orang lain.

Bestnya kalau tahap kesabaran aku ni boleh re-charge sama macam batery handphone, boleh buat aku sambung marah dekat orang yang suka buat aku meroyan...penat tau kalau dah asyik2 nak marah je ni, boleh lemah badan.

Bestnya kalau orang selalu puji kita lawa, tanpa secalit makeup pun di muka...terserlah NUR cahayanya kan.

Bestnya kalau setiap hari kita hanya perlu ketawa walaupun hakikatnya hati dilanda bah...oh susah untuk aku sampai ke tahap itu. tinggi lagi ilmu dalaman yang kena aku belajar ni.

Bestnya kalau aku ada driver, boleh aku tido je sepanjang perjalanan...tapi itu memang dalam mimpilah.

Bestnya kalau ada lift, tak payah nak menapak naik sampai tingkat 4...walaupun dalam hati tu hari2 berniat 'ini adalah latihan tekan tubi'.

Bestnya kalau balik rumah je, hidangan dah tersedia walaupun hanya sekadar tapau di kedai. eh tak boleh, banyak MSG di luar sana.

Bestnya kalau mesin basuh ni boleh service lipat sekali...lebih power kalau boleh siap iron...walaupun hakikatnya ada kot cuma aku je yang tak mampu.

Memang best kalau semua itu betul2 terjadi dengan jayanya tapi aku masih bersyukur sangat2 kerana tidak di beri kenikmatan itu. bukannya bongkak atau berlagak hebat tapi tak mahu diri alpa dek kerana kesenangan semata. bersyukur, menghargai segala nikmat yang diperolehi selama ini...amin

4 comments:

Mimy Hamid said...

tak semua benda best kita akan kecapi..berusahalah untuk jadi the best untuk diri sendiri

Eri-chan said...

entry best. jadila kita hamba yang bersyukur dengan apa yang ada

KhaiRin said...

tp yg jd masalah, time senang payah nk zahirkan rs syukur tu

Ann Ishak said...

KhaiRin - tu memang selalu jadi tak biasalah...manusia mudah LUPA