Thursday, December 1, 2011

Masa terluang atau masa diluangkan

Terfikir kadang2 tu, masa aku lebih banyak habiskan di rumah walaupun balik memang adalah lambat tapi terus je menuju ke rumah…takdenya nak menyinggah mane2 kecualilah nak membeli barang2 untuk masak. Sungguhpun begitu, aku rasa waktu Faizal berada di rumah adalah sama saja dengan aku tapi untuk bertemu muka adalah amat payah sebab masa ideal tu susah sangat nak jumpa. Sebabnya masa aku ada di rumah, dia berada di luar rumah dan begitulah sebaliknya walaupun hari minggu. Bukannya dia berfoya2 tapi terikat atas faktor jadual kerja yang tak menentu. Malam tadi tiba2 dia datang kepada aku sambil memegang tangan dan berkata;

‘I tau, I tak banyak masa dengan u. kita lebih banyak habiskan masa sendiri tapi I tau u berada di mana dan sebaliknya. U sentiasa menjaga makan pakai I, u sentiasa menyambut I balik walaupun dengan dengkuran yang halus dan makanan yang terhidang sejuk di meja. U tak pernah abaikan tanggungjawab u menyempurnakan segala urusan isi rumah. I ingat janji yang dah I buat, untuk menjaga u adalah tanggungjawab I sebagai suami dan I pegang kata2 itu sebagai janji I kepada u.’

Huwaaaaaaaaa mau tak bertabur air mata ahkak ni…terus tido malam peluksss kuat2 ahaks...

3 comments:

Eri-chan said...

sebak aku baca. semoga kalian berdua kekal sehingga akhir usia. amin.

Mimy Hamid said...

touching...amin itu lah hendaknya walau berjauhan kasih cinta utuh...me jumpa selalu hehhe bila jauh tu rasaaa sgttt...sayu..gitu la dah berlaki kannn

Ann Ishak said...

Eri-chan & Mimy Hamid - lumrah kehidupan babe...terima seadanya