Wednesday, December 7, 2011

Movie day out - HANTU BONCENG

Lepas dari makan dekat Bumbu Desa, terus pergi Kinokunia pulak...nak cari buku. knowing me yang memang suka sangat membaca ni, menumpang sama menghabiskan masa, sementara menunggu masa untuk menonton lagi.



Tapi kali ni aku nak review pasal citer Hantu Bonceng pulaklah. memang betul citer ni memang best kelakar mengenai kehidupan remaja zaman sekarang. ingat lagi masa aku menonton cerita ni, memang saja tunggu sampai akhir2 tayangan sebab tak mahu sesak2 dalam panggung hihihi.




Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.


Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.



2 comments:

Mimy Hamid said...

layan astro first je ...satu hari 24 jam buka..

Anis Azalea said...

xtaula citer ni.....