Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu

Secara tak langsung weekend lepas terlayan cerita Khabi Khusi Khabi Igam (yang Ziana Zain dengan Era Fazira berlakon tu)…cam tak percaya je kan, ahkak boleh layan cerita macam tu. nampak sangatlah dah takde cerita yang nak di tonton lagi dekat station tv berbayar ni. Mungkin ini antara intro yang sesuai untuk nak melayan movie Ombak Rindu pulak selepas ni hihihi.

Base pada novelnya memang diakui best sampai boleh ulang baca berkali2. Di harap bila dah di upgrade kepada movie pun boleh ulang tayang tengok berkali2 jugak. Tapi perasaan nak menonton Ombak Rindu ni masih belum turun ke jiwa lagi, macam mana ni?!!! bukan apa, cerita2 air mata ni memang susah sikit nak layan di pawagam melainkan menonton di rumah je (malu dowh kalau orang tau aku nangis tengok cerita air mata ni).

Susah2 sangat, aku tunggu je sampai tayang dekat Astro First je…tu pun kalau aku tak rasa rugilah. Tapi kalau nak lebih kejam, download je sudah…ramai je yang boleh tolong download kan ye tak. bolehlah nanti menonton bersama Faizal, mamat ni memang berhati jiwang kalah aku yang lebih brutal ni.


Oh tak sabar rasanya nak menonton Mission Impossible 4

4 comments:

Mimy Hamid said...

vote for ombak rindu..hati tisu ni tp megat hati batu degil...dia ombak deras...bila niiiiiiiiiiiii

SYANI said...

Nak ajak hubby tengaok wayang memang dia tak berkenan. Senang2 download je la... tengok kat rumah.

Mun said...

hmm nak gak g tgk citer nie.. tapi..entah bilaa laa nak dapat g tgk..huhu

~izan~ said...

tgk OR punya tajuk laju je klik hehe..

izan dh tgk n lusa g tgk lg.ok jugak citer dia.tp mmg betul,kalau hati tisu nk nangis2 dlm tu mcm segan2 kan. hehe