Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012



Walaupun banyak kisah suka duka sepanjang berada di 2011 ini tapi tinggal lagi beberapa jam kita akan meninggalkan tahun ini dan segala kenangan yang lepas untuk kita meneruskan lagi eposide hidup yang pasti lebih mencabar pada tahun baru yang bakal menjelang nanti. 2011 merupakan tahun yang paling pahit untuk di kenang tapi ia tetap aku akan kenang sampai bila2, orang kata pahit itu ubat...aku harap 'ubat' itu mampu memberi penawar yang baik untuk tahun2 seterusnya.

Bila dah semakin hampir dengan tahun baru ni, perkara pertama yang menjadi topik terhangat lagi hebat, apa lagikan kalau bukan 'azam tahun baru'. setiap tahun mesti ada saja azam yang dibuat cuma terlaksana atau tidak tu bergantung pada individu sendiri. untuk aku dan suami, azam tahun ni berjalan seperti yang dirancang...alhamdulillah. untuk azam tahun baru ni, kami akan terus berusaha untuk membesarkan lagi empire kekeluargaan pulak dan yang lebih penting, keimanan dan yakin kepada kekuasaan yang Maha Esa, lakukan yang wajib, sunat dan tinggalkan yang haram, makruh sebagai bekalan akhirat nanti. sama2lah kita berdoa semoga azam tahun baru kami dan kalian semua pun akan berjalan dengan jayanya...amin.

Itu ajalah azam tahun baru kami bersama, bukannya tak nak pasang azam banyak sangat tapi setiap apa yang kita hajati tu memerlukan masa yang tertentu. so to meet the requirement, masa adalah penting dan biarlah masa yang menentukan setiap pencapaian itu nanti, tanpa perlu nak rasa stress tak tentu hala. kalau dapat memenuhi tapi ia bukanlah antara azam yang telah dibuat, anggaplah itu sebagai bonus pemangkin untuk lebih berusaha lagi untuk melunaskan apa yang tak tercapai lagi tu. apa lagi, mesti korang semua dah ada kalender untuk tahun baru ni nanti kan, so start mark your target.

Anyway, Selamat Tahun Baru 2012...semoga tahun baru ini memberi lebih kebahagiaan untuk kita semua.

Ikhlas dari kami, Ann & Faizal

6 comments:

Mimy Hamid said...

selamat tahun baru 2012 fren :))

Canela Castela said...

HELLO!!
HAPPY NEW YEAR
HAPPY 2012
KISSES KISSES

QasehnyaRania said...

selamat tahun baru jugak sis

Eri-chan said...

happy new year. aku lak terhegeh2 baru nak ucap. hehe

Khamsi Abdullah said...

Selamat Tahun Baru...puas godek2 n belek2 entry...quite a nice writing.. nice blog though..

Ann Ishak said...

hihihihi thanks uolsss