Thursday, December 15, 2011

Tenang dalam panic

Korang pernah mengalami pengalaman tayar kereta pancit di tengah jalan, mesti adakan. kalau tak pernah pun mesti biasa dengar kejadian ni jugak. aku pernah alami sendiri kejadian ni 2 kali dalam hidup. memang banyaklah dengan kejadian lainnya, kereta rosak lagi (bukan sendiri punya), kereta kena follow (kalau drive BMW takpe jugak) dari utara selatan pantai timur pun ada jugak. tapi tu semua boleh di atasi sebab bukannya sorang waktu tu alhamdulillah. okay berbalik kepada kisah tayar pancit tadi, aku nak cerita pengalaman yang pernah aku lalui sendiri.

Kejadian pertama, aku dengan family nak pergi bercuti ke Hadyai. kalau takat ke Hadyai memang kami sekeluarga akan drive masuk sampai ke sana. waktu tu umur aku dalam 16 tahun, honeymoon year form 4 hihihi. perjalanan dah tentu dimulakan sesubuh sepieee lagi supaya boleh sampai di Pendang pada waktu pagi untuk mengambil my untie. my untie memang keturunan siam, tahu berbahasa siam dan seharusnya di angkut bersama ke Siam.

Dalam perjalanan seingatnya dalam area Simpang Pulai jugaklah, tiba2 tayar kereta pecah dalam keadaan kereta bergerak 180km/hrs dan dipandu sendiri oleh my sista. dalam kereta memang penuh dengan orang dan luggage lagi. aku dah panic tapi nasib baik my sista masih tenang dan kawal steering kereta dengan ketat dan perlahan2 menyusur ke emergency lane dari lane paling laju. alhamdulillah selamat parking dekat emergency lane dengan semua penumpang keluar dari kereta, duduk berteduh dekat seberang jalan. aku pulak jadi model highway sebab kena pegang kain merah menandakan kereta rosak rasanya adalah 100m jarak dari kereta di panas terik. nasib ada baju anak buah yang warna merah, yelah kereta masa tu takdelah pulak sign Emergency.

Tugas BIL untuk tukar tayar tapi tak sampai 15 mins kereta plus pun sampai sebab arwah ayah call Plus untuk minta bantuan. nak harapkan abg ipar buat sorang memang payahlah, mau ambik masa sejam berpanas terik tu tapi dengan bantuan pihak Plus dalam masa 1/2 jam je kereta dah boleh bergerak semula. atas nasihat pihak Plus, kami harus keluar di exit yang terdekat untuk mengisi angin tayar spare dan buat pemeriksaan dekat kereta tu, takut ada masalah lain pula. ikut advice diorang, kami singgah salah sebuah workshop di Ipoh dan perjalanan kembali seperti biasa selepas itu.

Kejadian kedua, aku dalam perjalanan balik ke Seremban. kejadian ni last year, sekarang baru nak story mory huhuhu. aku kalau balik Seremban memang suka drive malam, legang sikit lebuh raya...tak kalu memang alahaiiii highway pun jam tau.

Aku drive sorang saja, Faizal tak ikut sebab dia kerja dan aku pulak memang ada hal dekat Seremban. okaylah kalau dah drive sengsorang tu memang heaven untuk menekan padel minyak dengan lebih laju. masa lepas tempat rehat Nilai, aku dah rasa kereta macam semacam, bak kata orang...terasa membuang ke tepi. aku buat biasa je lagi sebab takkan aku nak berhenti sengsorang di tepi jalan tetengah highway di waktu malam, memang taklah. hati memang dah tak sedap je, terlintas dekat kepala mesti ada apa2 nak jadi ni tapi tenang, cool kan diri...terus drive.

Bila sampai betul2 dekat RnR Seremban, suddenly dah dengar tayar kereta ada bunyi tap tap tap...tandanya tayar kereta aku pancit sudah tapi aku tak stop, teruskan lagi perjalanan sampai ke exit Senawang. bila dah lepas plaza tol, barulah rasa kereta dah senget sebelah dan berhentilah di tepi jalan. tak boleh drive sampai rumah, mau bengkok rim kereta nanti. bila dah tersadai tu, barulah call my sista bagi tau tayar pancit and nak mintak tolong my BIL datang to rescue me. apa lagi kakak aku memetirlah membebel marahkan aku berani sangat, walhal aku dah berhenti di tempat yang boleh dikatakan selamat dan mudah untuk meminta pertolongan dari aku berhenti tepi highway memalam sengsorang lagi kerja gila. lepas tu bukan takat BIL yang datang, abang aku pun datang sampai cousin pun menyusul kemudian. yang paling aku tak boleh lupa, arwah ayah pun telephone waktu tu jugak marahkan aku huhuhu kaw2 punya (itulah kali pertama arwah marah sangat dengan aku). itulah kuasa my sista, memang dia hantar report terkini punya dekat my father immediate.

Itu adalah feedback dari ketenangan aku meng handle masalah yang datang secara tiba2 tak kira masa. aku memang panic sangat tapi dalam masa yang sama kena tenang berfikir apa yang terbaik untuk keselamatan diri pada waktu itu. bila tayar kereta pancit semasa kereta sedang bergerak, angin takkan keluar secara terus tapi dengan cara perlahan2. masa tu aku kena tenang dan berfikir mana tempat yang selamat untuk aku berhenti kerana waktu kejadian aku dah pun melepasi RnR Seremban. sepatutnya aku boleh ke exit Seremban saja tapi aku nekad untuk teruskan sehingga exit Senawang. aku taklah ambik risiko dengan berhenti di tepi jalan dekat highway sebab waktu memanglah malam, kalau siang pun mungkin tidak. kalau terpaksa berhenti jugak, cepat2 call pihak Plus untuk pertolongan, memang banyak je towing datang nanti tapi lebih baiklah tunggu pihak Plus je.

Faizal dapat tau kejadian ni pun selepas semuanya selesai...memang mamat ni pun bagai nak pitam bila dengar, siap marah2 lagi naper tak inform dia. agak2lah masa kejadian, aku berada jarak berdekatan dengan ahli keluarga yang boleh memberi pertolongan kilat berbanding jarak dengan dia di KL nun. cuma selepas kejadian tu, dia tak pernah lagi izinkan aku drive sendiri memalam jejauh macam tu. tayar yang pancit tu memang dah total lost, bukan bocor biasa tapi tayar tu dah bengkak...tu pasal boleh pancit. memang kena tukar tayar baru je gamaknya.

5 comments:

Mimy Hamid said...

kes tayr tak pernah lagi tapi kes minyak kosong di tengah jalan waktu malam...huhuhu masih kah kau ingat??

Mie said...

180km/j dah nak sama F1 tu... :)

Anis Azalea said...

kereta aku selalu membuang...tapi aku selalu cool..hehehe

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - ye sangat...tak pasal2 mak glamor dekat tengah jalan bukit bintang sana tuh

Mie - kalau dah tengah hway macam tulah gamaknya, tekan menekan minyak je

Ann Ishak said...

Eri-chan - apa yang kete ko buang...ahaksss