Friday, January 27, 2012

Ada apa dengan nama

JPN tidak faham salasilah gelaran 'Nik'

KERABAT D'RAJA KELANTAN
AL-MUHAMMADI
Kota Bharu

MERUJUK kepada surat yang ditulis oleh Kerabat D'raja Kelantan, Kota Bharu melalui ruangan Forum di Utusan Malaysia bertarikh 2 Januari 2012 bertajuk Kerabat D'raja Kelantan Bantah Tindakan JPN.

Di sini saya juga terpanggil untuk menyuarakan perkara sama dan mempersoalkan kenapakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membisu tanpa memberi sebarang jawapan kepada bantahan tersebut.

Bagi kami kaum wanita berketurunan raja-raja di Kelantan yang bergelar Tengku, Engku, Ku, Raja dan Tuan merasa amat tertekan dengan arahan baru Ketua Pengarah JPN kerana telah tidak membenarkan penamaan anak-anak dengan gelaran 'Nik' kerana kami telah berkahwin dengan suami yang bukan berketurunan raja.

Malah, perkara ini hangat diperkatakan dan menjadi kemarahan di kalangan kerabat raja-raja di negeri ini.

Sebelum ini, kami telah pun menamakan anak-anak kami dengan gelaran 'Nik' dan andainya kami melahirkan anak pada tahun 2012 ini sudah tentu tidak dapat menamakan anak dengan gelaran 'Nik' sedangkan daripada ibu dan bapa yang sama.

Sehubungan itu, untuk mengetahui kedudukan sebenar saya sendiri telah menghubungi JPN Putrajaya di talian 03-88807077 dan bercakap dengan pegawai JPN di sana.

Hasilnya memang terbukti kata pegawai tersebut, JPN telah mengeluar arahan baru iaitu hanya membenarkan penamaan gelaran keturunan bagi sebelah bapa sahaja.

Pegawai tersebut juga memaklumkan kiranya saya mahu juga menamakan anak dengan gelaran 'Nik' hendaklah mendapat sokongan daripada istana negeri masing-masing.

Di sini jelas menampakkan JPN tidak faham bahawa gelaran 'Nik' tidak melibatkan keturunan raja-raja negeri lain selain keturunan raja-raja di Kelantan.

Apa yang mendukacitakan adalah sebelum ini bagi kami keturunan raja-raja di Kelantan sejak turun-temurun lagi mengamalkan penamaan gelaran 'Nik' sekiranya ibu mereka berkahwin dengan orang bukan keturunan raja.

Perkara ini amat berbeza sekali dengan keturunan Syed atau Sheikh, keturunan mereka akan hilang sekiranya ibu mereka yang bergelar Sharifah berkahwin dengan orang yang bukan keturunan mereka.

Saya juga memanjangkan perkara ini kepada pihak istana negeri, malah mereka juga tidak tahu mengenai perkara ini kerana pihak istana tidak pernah dimaklumkan oleh JPN.

Justeru, di sini saya sertakan alamat surat menyurat Istana Negeri Kelantan bagi memudahkan pihak JPN memajukan satu salinan arahan tersebut yang beralamat di Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, 15500 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Telefon 09-7416605 dan faks, 09-7444333.

Semoga dengan apa yang diutarakan ini, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said akan mengkaji semula arahan yang telah dikeluarkan.

Pada aku nama memang penting untuk menentukan keturunan seseorang tu tapi kenalah setara maknanya dalam islam. ingat nama glamor mana pun dengan pangkat segala, kalau takde maknanya...tak bermakna jugak.

7 comments:

iizla said...

oooo baru tau...
tq for the info

Mimy Hamid said...

penting la nama pangkal keturunan..susur galur tuk nenek tu...megat tersenarai gak keeee?? isk jangan wat hal...tak berketurunan bapaknya la nanti anak den

wahida said...

kalau syarifah kawen ngan org biasa anak kena letak 'wan'..bukan wan yg kat kelantan tu...

tu yg terjadi dlm family laki aku...mak mertua aku keturunan syed sharifah, pas tu kawen ngan org biasa, anak kena letak "wan" agar keturunan tak hapus mcm tu ajer...

Eri-chan said...

syed sharifah lagi ketat kan..diorang siap ada buku salasilah. ada kelab jugak rasanya. phew..

QasehnyaRania said...

Haa.. betul tu,yg penting ada makna ka.

yaNa said...

selamat saya..belah saya @ somi bukan dr keturunan raja mana2..
kami cuma dr org kebanyakan..
x yah penin pale nak kekalkan gelaran bagai..hi3..

Ann Ishak said...

lagi percaya sekiranya ada buku salasilah keturunan seperti syed syarifah dan luak undang negeri sembilan