Wednesday, January 25, 2012

Coffee time @ Starbucks

Selalu sangat minum kopi dekat kedai mamak kan, apa kata kali ni kita minum kopi dekat tempat mahal dengan kopi mahal pulak. sekali sekala apa salahnya kan, nak merasa tekak sendiri jugak.

Thanks to Mimi coz sponsor weolss punye coffee masa ni, bukti tu dekat atas...kami dapat sorang satu RM10 voucher. tinggal tambah je beberapa ringgit untuk minum air pilihan tekak memasing kan, okaylah sangat. boleh minum coffee tanpa was was, Starbucks disahkan halal ye.

Tapi kadang2 tu kan pening jugak dengan banyak sangat kenyataan yang mengatakan Starbucks ni tak halal tapi kejab kata halal. walhal tak tunjuk jelas2 dalam website Jakim sendiri berkenaan status halal ni;

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarka melalui laman sosial Facebook.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Yang pasti aku suka je masuk minum coffee dekat sini dan melepak dengan my BFF jugak. we having a good time together.

Sekarang ni aku teringin sangat nak merasa Starbucks Via tuh yang didatangkan dengan 2 flavor; Italian Roast and Colombia. RM8 untuk 3 sachets dan RM28 untuk 12 sachets. okaylah untuk penggemar coffee tegar seperti aku dan mungkin jugak untuk suami ku.

5 comments:

Mimy Hamid said...

yang pasti buat teringat tu..apasal nama ANN aje yang ditulis..musykil

Kakzakie said...

Kakak tak minum kopi tapi hubby kakak setiap malam mesti nak kopi... Belum pernah lagi ke Starbuck

Eri-chan said...

hehe...lama betul citer ni. ingat ko pergi lagi bebaru neh..

uyaitusaya said...

agaga..xpenah masuk starbuck..selain kopi?? hehe

Ann Ishak said...

tea pun ada, lain2 pun ada jugak cuma yang femesnya coffee la