Monday, January 30, 2012

Dinner @ Pak Din Satay

Bila dah teringin sangat barulah aku nak pegi makan satay ni. aku bukan pemakan satay tegar, kalau banyak kalau dapat makan pun adalah kurang 5 cucuk je....ye sila percaya. aku cepat muak kalau makan satay, maybe sebab daging je kot. kalau aku makan banyak pun mesti sebab kuahnya sedap. rasa satay tu pada aku sama je, takde beza pun :) malam tadi tekak ni memang teringin sangat nak makan satay, teringat satay yang selalu order kalau buat makan2 dekat office. memang sedap satay ni terutama kuahnya. cuma agak mahal la secucuk RM0.70 tapi menjanjikan rasa yang sedap.

Link
satay ayam dan daging

Kalaulah ada yang berminat nak menempah untuk apa2 majlis berunsur makan2, kalau teringinlah nak order satay...boleh order dekat sini. dekat office aku tu selalu je order satay dari Pak Din ni, dia sentiasa menerima tempahan. orang Gombak mesti tau pasal kesedapan satay ni, femes tau.

kuah kacang

Kedai Pak Din ni memang tepi jalan je tapi nak parking tu adalah hazab sikit, kena parking tepi jalan. kedainya pun bukanlah besar mana pun, kocik yo tapi sentiasa ada orang datang untuk beli satay dekat sini. kalau uolsss nak mencuba makan satay dekat kedai ni, dinasihatkan jangan parking dekat kawasan parking yang berdepan (betul2 sebelah kedai satay Pak Din) dengan restaurant tomyam tu. itu adalah untuk pelanggan restaurant tomyam tu je. biasanya orang yang ambik order dekat kedai Pak Din ni akan tanya kereta parking mana sebabnya owner restaurant tu selalu marah kalau ada orang parking kereta dekat kawasan dia tapi pegi makan satay dekat kedai Pak Din ni. untuk memudahkan, uolsssss teruslah parking je dekat gigi jalan berhadapan kedai satay tu, risiko keselamatan kereta anda adalah tangungjawab sendiri hahahahaha.

3 comments:

Kakzakie said...

Ada yg jual satay campur dgn lemak dia.. kakak paling tak suka.

fiza nurani said...

Terliurrrrrrrrr :p

Ann Ishak said...

tapi kebiasaannya memang ada lemak kan kak...