Tuesday, January 31, 2012

Dinner @ Seafood Jalan Imbi

Dek lama sangat tak makan seafood, malam tadi aku dengan Faizal pegi mengukur jalan Bukit Bintang untuk makan ini seafood...lokasi sebenar adalah di belakang Park Royal tu je. ada food court dekat situ dan agak senang jugaklah nak parking. kedai ni tokey nya memang cina, menyediakan pelbagai hidangan seafood macam udang, ketam, lala, siput, kepah dan macam2 lagi. bila sekali order tu, jangan risaulah memang tak sampai 15mins makanan dah siap di masak...memang very the fast tau.

udang butter garlic kari

Nasi goreng cina, nasi memang banyak. hidangan untuk 2 orang makan tapi boleh je nak makan 3 orang. ni order dekat gerai sebelah, ada macam2 jenis goreng ada. konsep makan dekat sini kira macam nilah, seafood order dekat kedai ni, nasi2 dekat kedai tu and air dekat kedai sinun pulak. bermakna nanti kalau nak membayar memang kena bayar asing2lah ikut apa yang diorder.

lala sweet sour

Harga pada aku memang berpatutanlah, kalau ikut menu dekat atas tu lebih kurang RM60-70 jugak kami kena. okaylah tu ikut harga KL kot, bukan selalu kan.

3 comments:

Fatin Mraz said...

sekali sekala oke jer kan..
=}

Kakzakie said...

Mengukur jalan berapa lama Ann? Kakak rasa lagi lama mengukur di resto sea food itu sebab nampak sedap sungguh...

Ann Ishak said...

lama tak lama manelah kak, berbaloi dengan perut kenyang selepas tu hihihi