Tuesday, January 31, 2012

Folic Acid untuk ibu mengandung dan yang nak mengandung

Sebelum apa2, kita bagi antara makanan yang mengandungi sumber asid folik adalah :
  1. Barli
  2. Daging lembu / kambing
  3. Susu
  4. Keju
  5. Ayam
  6. Buah Kurma
  7. Oren
  8. Beras perang
  9. Hati
  10. Cendawan
  11. Ikan salmon
  12. Tuna
  13. Gandum
  14. Bijirin
  15. Sayuran berdaun hijau / berubi
Semua antara di atas ni aku makan kecuali barli, yang ni aku suka minum air barli je tapi biji barli tolak ketepilah. jus oren yang diproses segar jugak mengandungi folic acid dan kalsium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan badan. Semua orang tahukan yang Folic Acid ni sangat penting bagi seorang wanita yang hamil. Folic acid bukan sahaja berguna bagi membentuk sel-sel baru bagi pertumbuhan fizikal janin (bayi) dalam rahim bahkan ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Apabila merancang atau bersedia untuk mengandung, adalah dinasihatkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung, untuk mengelakkan spina bifida dan juga birth defetcs kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

1. Sakit disekeliling mulut
2. Sakit lidah
3. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak
4. Anemia

Nasiblah kelebihannya melebihi kekurangan, jadi bolehlah di buat supplement tambahan. kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.

5 comments:

Kakzakie said...

Sedap-sedap pun makanan yg ada folic asid... tak mengandung pun tak apa kalau nak makan. sedap hihi...

KhaiRin - anies said...

mahal x?

eMMe said...

Ann, thx atas info di atas, sesame la kite berusaha untuk menantikan cahaya mata...

Eri-chan said...

ann..minum air rebusan buah hawa ann....

Ann Ishak said...

mana pulak nak dapatkan buah hawa tu