Tuesday, January 24, 2012

Jammed merata2

Sekarang ni kan tengok cuti panjang sempena CNY, ingatkan jalan raya taklah jammed sangat dekat KL ni tapi rupa2nya alahiiiii sama je. ingatkan sebelum CNY tu je yang memang jammed teruk, rupanya after CNY pun sama je...apa cer. ramai gamaknya yang tak balik kampung sama macam aku da. malam makan besar/reunion tu aku dengan Faizal sesajalah test pegi jenjalan dekat Bukit Bintang dengan Petaling Street, agak lenganglah tapi roadblock yang banyak weh.

Tapi itu taklah mendatangkan jammed sangat, lagipun dah waktu malam tapi yang aku tak tahan kalau waktu biasa kita pegi kerja pepagi tu pun lagi maha hebat jammed nya. apa taknya jammed, bayangkanlah waktu pagi tulah kereta punyalah banyak yang keluar, terutama antara 7am to 8am. tu pasallah aku keluar rumah 630am to 645am untuk nak mengelak tersangkut sama. lori2 besar tu pun memang banyak ada di atas jalan pada waktu2 puncak ni, tak tau kenapa. tapi kan dah dikeluarkan arahan bahawa kenderaan berat seperti lori2 besar tidak di benarkan mengunakan laluan utama ketika waktu puncak tapi masih ramai lagi yang tak ikut peraturan rupanya.

Yang aku geram pepagi bila guna Akleh, terutama laluan smart tag...mesti ada je yang sangkut. tak paham betullah dengan pemandu2 lain ni, bila dah masuk laluan smart tag baru sedar yang kad takde duit. dah tak pasal2 kena revers balik, kan menyusahkan orang tu. lagi satu tu pulak pegang smart tag tak betul, so sensor tak boleh detect smart tag diorang...dah palang tak angkat so kenalah tunggu toll gate boy tu datang. adoiiii buang masa lagi sebab q memang dah panjang sampai ke belakang. memang dilema betul kalau guna smart tag lane dekat Akleh ni, tu pasal aku suka guna cash atau touch n go je, laju sikit.

Lagi satu yang buat aku berhantu, tak tahan kereta potong q. apa salahnya beratur sekali, orang lain boleh je ikut line memasing kan. kalau terjadi depan kereta aku, memang sorry to say aku tak bagi laluan. kalau tak sayang kereta cantik tu cubalah, aku gesel je. unless kalau memang ada simpang atau selekoh keluar tu aku tak kisah lagi ni tak ikut emergency lane pulak.

Ni khas untuk pemandu cap 'P' ye, kalau takut nak tekan pedel minyak tu, tolonglah jangan ikut lorong kanan. dahlah bawak kereta dekat lorong laju, tapi bawak terkemut2...apa ni. bila bagi flash lampu, mulakan kelang kabut masuk lorong sebelah selamba je tak tengok belakang. kejadian ni pernah aku tengok sendiri, dek kerana kelang kabut masuk lorong sebelah dari lane kanan, sebuah kereta telah lentung itu penunggang motor. kesian penunggang motor tu, tak pasal2 je cedera dengan isterinya.

Selain dari pemandu cap 'P', ada jugak sejenis pemandu yang bawak kereta slow ya amat sebabnya tengok pegang handphone. ini memang selalu sangattttt aku jumpa, kan dah diberikan amaran...tak boleh menggunakan telephone bimbit ketika memandu. apalah degil sangat ni, tak sayang nyawa ke. kalau tak sayang nyawa sendiri tapi pikir2kan orang yang sayang dan orang sekeliling jugak.

Ya Allah ya Tuhan ku, selamatkanlah aku, suami ku, keluarga ku serta sahabat2 ku dari bala bencana di jalanan. lindungilah kami dari bergeraknya kenderaan ini sehingga kami selamat sampai ke destinasi di tuju. semoga di berkati hendaknya perjalanan kami...amin

4 comments:

Eri-chan said...

sgt best bila balik kg itu hari jammed, org yg ikut lorong kecemasan kena saman dengan polis trafik kat depan. yay padan muka mereka...aku pun kalau org nak potong q ni aku tak bagi..ada aku kisah? hahahaha

..::..aRe-Na..::.. said...

sama la kita..x balik ke kg...rancak betui kan raya cina tahun ni..sbb taun naga kot kn hehehehee....

Mimy Hamid said...

nak ayat doa last tu eh...nanti copy paste...pagi2 skrang gi keje jem giler...tp nasib baik preggy ada reason masuk lewat hahaha..kul 9 pagi

Ann Ishak said...

ambiklah...semoga kita sama2 kita dilindungi dari segala musibah