Sunday, January 8, 2012

Jom main masak2 @ Pepper Lunch

Harapnya uolss tak bosanlah baca entry ahkak ni ye...bebalik entry makan, tempat makan dan adik beradik makan je lah yang keluar. dan ada banyak lagi entry pasal makan akan keluar selepas ni, harap dapat mengiurkan tekak2 oulsss ye...

Now i want to share with uolsss tempat makan yang agak peliklah sikit sebab dekat sini kita boleh main masak2 tau. hidangan pulak bukan di hidang dalam plate, tapi yang paling penting tempat makan ini adalah HALAL.

Sos dekat atas tu adalah penting untuk penambah selera dan rasa yang sedap ikut tekak memasing ye. makanan datangnya tanpa ada perasa dan kita sebagai pemakan, kenalah perasakan ikut kesukaan memasing. ada 2 pilihan sos, garlic soya sauce dan honey brown sauce. salt dengan pepper tu macam biasalah kalau tak masin hangatnya bolehlah tabur sekali.

Chicken Pepper Rice RM14.80, takde sebarang tax dikenakan

Meh kita makan secara adventure ye. dekat sini kita kena beratur di counter untuk order, pilih nak makan apa dan bayar sekali, macam fast foodlah cuma makanan nanti diorang yang akan hantarkan ke meja. make sure kalau makan secara berjemaah tu, setiap nombor meja yang korang duduk adalah sama...di kuatiri nanti makanan korang tak sampai2 pulak. dekat tempat makan ni ada disediakan tv flat screen dekat dinding yang memaparkan cara2 untuk memasak makanan tu nanti...ha kan aku dah kabo, memang kena main masak2 dulu. so bila nanti makanan dah sampai, bolehlah buat seperti yang dalam tv tu tunjuk. okay pilihan menu aku kali ni adalah Chicken Pepper Rice seperti gambo di atas. chicken tu adalah mantah lagi ye semasa sampai ke meja dan kenalah masak sendiri sebelum makan. kalau tak yakin cara nak memasaknya, bolehlah tanya dengan orang yang hantar makanan tu...diorang sudi je nak bagi tunjuk ajar.

Bila makan sampai je ke meja, mesti cepat2 gaulkan semuanya...kalau ada ayam atau daging kena terbalikkan cepat sebab takut hangus pulak nanti dan tak berapa nak masak. plate yang datang adalah seperti kita makan sizzling tu, memang panas dan perlu berhati2...jangan di pegang pulak nanti melecur tak pasal2 je. kalau bawa anak2 kecil ni yang kena extra careful, untuk keselamatan mintak je mangkuk lain untuk letakkan makanan mereka selepas gaul2 mesra ye.

Inilah keadaan makanan selepas di main2 masak dan digaul dengan segala perasa yang disediakan. memang sedap, bau jangan cerita...boleh sampai luar kedai weh. sebelum makan tiup2 dulu, kang ada pulak yang melecur lidah.

Atas rasa kesedapan yang memang menggila, inilah hasilnya...habis licin. memang sedap + dengan keadaan perut yang lapo + ini adalah belanja dari my bestie friend for my belated anniversary...yes this is the way i celebrate my anniversary, bukan dengan suami saja tapi dengan kawan2 pun boleh jugak.



Kita boleh memasang angan2 dan kita akan berusaha untuk menjadikan angan2 itu kepada kenyataan. hidup tanpa matlamat adalah kurang nikmatnya, jadi hayatilah kehidupan kita supaya kita tak lalai dan leka dengan kenikmatan dunia semata...insyaAllah. jom layan lagu tu zaman sebelum aku lahir lagi.