Thursday, January 12, 2012

Larisnya...

Aku suka makan dekat kedai. Bila kita balik kerja tu kan, dengan badan alahai penatnya sampai dah takda mood nak masak pun dengan nak pikir masak apa lagi bagai. Lagi buat malas kalau kena menyinggah kedai bagai nak beli barang2 pulak. Memang taklah jadi masaknya, baiklah makan dekat luar je. dan aku dengan laki memang ada fav kedai makan pun, adalah gerai2 tertentu yang selalu menjadi pilihan.

Tapi aku bukan nak citer pasal gerai/kedai makan pilihan ke apa, tapi korang pernah tak pergi makan dekat kedai makan yang memang ramai orang datang tapi makanan taklah sesedap mana pun. tapi tang pelanggan tu memang tak pernah putuslah orang kata. Orang kata, biasanya kedai macam ni ada pasang pelaris…ni orang kata tau. Biasanya bahan2 untuk pelaris ni adalah bahan2 yang kotor, eh tak dapat bayangkan apa yang kita makan hari2 dekat luar tu kan. Tahlah ye, hanya orang2 tertentu saja yang mengetahui dan Allah SWT.


Cubalah amalkan bacaan ini setiap kali nak makan dekat mana2 kedai tu, supaya kita boleh tau yang kedai tu ada pasang pelaris atau tidak;


CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas. Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih


Aku pernah amalkan bacaan ini dan ternyata memang akan terasa sesuatu yang ganjil berlaku waktu itu. patutlah kedai tu memang ramai je pelanggannya walaupun makanan biasa2. bila dah tau, sampai sekarang aku tak pernah lagi pergi makan ke kedai tu walaupun masih beroperasi lagi. jangan ditanya nama kedainya sebab tak naklah rosakkan rezeki orang lain tapi harap2nya pemilik tu insaf dan tertaubat saja.

6 comments:

Mimy Hamid said...

boleh dicuba ni ..terima kasih info

Lady Diana said...

tq for da info. sy pernah tkena kes mcm ni. kdai kotor & mahal tp yg peliknya ramai jugak org dtg mkn. mmg dh agak ade something2 kt kdai tu. lama2 sy sndri decide xnk g dh sbb kbtulan msuk toilet kdai tu skali. geli yg amat! mgkin Tuhan tu nk tnjuk, lps tu lgsung x pegi dh.eh saya ckp byk eh? haha.. btw, salam kenal ye. baru prasan awk follow saya. saya follow awk blk.. jom la exchange link..keep in touch :)

Eri-chan said...

aku pun sangsi gak kdg2. aku nak try baca nanti. aku nak baca kat kedai melayu Islam.

Azlan Hasan said...

alamak..kedai kat mana nie kak..area kampung baru ker??hehehe

Regards,
-Strider-

azieazah said...

Elok juga jika kita ada cara dan petua sebegini. Tapi rasanya dah jarang orang sekarang berniaga guna pelaris kot..

Paling baik tentulah masak sendiri. Gerenti terjamin.

Ann Ishak said...

Strider - bukan dekat Kg Baru punye