Saturday, January 7, 2012

Live from Titiwangsa

Sekarang ni aku tengah pulun main badminton with offfice buddy dekat Dewan Tasik Titiwangsa. seawal 7am aku dah keluar ambik my friend dengan hantar Faizal pegi keja lagi sebab ari ni aku supirnya. singgah beli nasi lemak tepi jalan dekat2 dengan office dia, amboiii kemainlah mahalnya. nasi lemak dengan ayam goreng yang rasanya besar lagi penumbuk aku ni harganya RM5 tau...pada aku ni memang mahallah. rasa bolehlah tahan dari tak sedap langsung kan.

Lepas tu dah terus pulun dengan game yang berlarutan sampailah la ni...maybe kejab lagi habis lah ni.

Korang suka minum RoodBear, bukan arak okay tapi yang hak A&W tu la. dalam banyak2 air berkarbonat ni, RoodBear memang menjadi kegemaran utama ku dengan laki. selalu jugak pegi A&W ni semata untuk minum air saja, bukannya nak makan apa pun, tapi kali ni since lapo tak makan lagi, malam tadi kami pegi dinner dekat A&W. eh aku ada terbaca satu artikel yang mengatakan A&W bakal tutup pada tahun ni kerana tidak melepasi sasaran jualannya berbanding jenama makanan yang lagi. betul atau tidak tu kena tunggulah kot, tapi sayang betul kalau betul2 tutupkan...kenalah buat RoodBear Float sendiri dekat rumah je. ada je kedai2 makanan lain yang buat float jugak tapi tak sama rasalah dengan A&W.

Lagi satu yang aku suka makan dekat sini adalah curly fries nya yang sedap. walaupun ada je tempat lain yang lagi sedap tapi dah tekak aku mengatakan curly fries dekat sini sedap...aku tetap order dan makan. ni yang buat aku lagi pelik, ada je makanan sedap dekat sini tapi kenapa masih tak melepasi sasaran jualan. mungkin McD yang memonopoli setiap jualan kot, aku rasalah.

Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York.

Jenama-jenama lain ialah Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, MySpace dan Kellogg's Corn Pops.

Jangan terkejut sekiranya Facebook pun mengalami situasi yang sama untuk beberapa tahun yang akan datang.

3 comments:

ikatankasihku said...

alamak, terus lapar tgk makanan ni..hu3

Mimy Hamid said...

member ckp dia gi US ..mcd n kfc pun sana ada rugi teruk...alamak kena pi pekena A&W la sebelum tutup..curly fries terbaekk

Ann Ishak said...

Memang confirm kot tutupnya tahun ni