Wednesday, January 25, 2012

Malang memang tak berbau tapi...

Kanak-kanak perempuan jadi tebusan lelaki kurang siuman
23/01/2012


Oleh ROZIANAH RISMAN

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi tebusan seorang lelaki berbogel disyaki kurang siuman yang menceroboh masuk rumah mangsa di Jalan Raja Musa 5 di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Fifi Ramadhan sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya itu bersama lima ahli keluarganya.

Suspek yang masuk ke dalam rumah itu bertindak mengambil sebilah pisau di dapur lalu meletakkan di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan.

Lelaki itu kemudian membawanya masuk ke dalam bilik utama kediaman berkenaan.

Sehingga pukul 3 petang ini, sepasukan anggota polis masih berusaha memujuk suspek agar menyerah diri.

====================================================================