Wednesday, January 25, 2012

My Homemade Daging & Cendawan Tumis TomYam

Tak tau nak masak apa untuk dinner malam tadi, selongkar ais gobok, jumpa pulak daging. bolehlah masak saja daging ni dari simpan lebih lama nanti tak elok pulakkan. ada pulak cendawan dalam tin, ingat nak buat tom yam macam tak cukup bahan pulak...so jadilah masak tumis tomyam saja.

Kalau dah masak daging tentulah bahan utamanya daging kan, hiris nipis dan toskan. panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga naik bau. kemudian masukkan cili padi, pes tomyam dan sos tiram. kacau dan kacau lagi kemudian masukkan daging, tambahkan sedikit air untuk empukkan daging.

Bila daging tu dah empuk, masukkan cendawan, bawang besar dan sedikit gula. kacau lagi sehingga kuah menjadi pekat. masukkan sos ikan secukup rasa. masukkan jus limau nipis dan kacau lagi sehingga masak. biasanya aku memang tak letak garam kalau dah letak sos ikan sebab sos ikan tu memang dah masin. okay dah masak, bolehlah hidangkan...

Nampak best tak, bolehlah kan ikut tekak aku memang sedap je. nak pulak memang ada rasa tomyam tu. aku ni memang sukaaa sangat dengan tomyam. kalau makan dekat luar tu mesti nak kena ada tomyam jugak, kalau kena tekak tu sedap sangat...terus order bungkus untuk bawak balik. layan jelah...

4 comments:

Kakzakie said...

Dah terang dan nyata sedap nak tanya lagi Ann. Kalau kakak dapat makan dgn nasi putih tak payah lauk lain lagi...

Mimy Hamid said...

rajin giler explore masakan..tak kisah la..janji tekak sedap

cik Kartun said...

perhhh nmpak mnyelerakan.. menggoda nfsu mkn CK ayaa @_@

Ann Ishak said...

selamat mencuba ye