Tuesday, January 24, 2012

My Homemade Kerabu Daging Salai

Ini bukan percubaan untuk nak buat nasi kerabu ye, memang sah2 aku tak pandai nak buat tapi makan memang lajulah. ada simpan sikit lagi baki daging salai, memang orang nogori femes dengan salai2 ni kan...so aku akan sentiasa ada stock daging salai di rumah. dah abis nanti, balik Seremban untuk tambah stock semula. malam tadi inilah juadah makan malam kami...

Daging salai tu hiris nipis2 ye dan ketepikan. Satukan hirisan bawang besar, hirisan daun selum, hirisan saderi dan hirisan daun bawang. kacau mesra dengan gula, sos ikan dan jus limau nipis, cuba rasa ikut tekak masing2 ye. yang penting kena letak hirisan cili padi ikut tahap kepedasan masing2 jugak. gaul lagi bagi mesra lepas tu letak hirisan tomato dan daging salai tadi, gaul semula bagi mesra lagi dan bolehlah di hidangkan.

Sempatlah aku pesan dengan Faizal, singgah pasar malam beli rangka ayam. tak selalu pun makan rangka ayam ni tapi kekadang tu macam teringin sangat pulak. tu yang dibelinya sampai 2 ekor rangka ayam ni. habis ko... dah lama tak makan kot, tu yang sedap je mengokak tulang ayam.

4 comments:

Kunang-Kunang said...

Mesti best kerabu tukan. Pembuka selera.

♠QlaterianKhalifa♠™ said...

wah mak ngah...dapnye kerabu...ley try nih...

Mimy Hamid said...

Sodap jo den nengok kerabu salai slurpp

Ann Ishak said...

sodappppp yum yummmmy