Saturday, January 28, 2012

Pelantikan AC Mizal dipertikai

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mungkin sebab mamat ni memang tengah laku sekarang kot, dengan bidang pengacaraan dan yang paling panasssss apa lagi isu gelang lah dan yang lagi super panas pasal isu anak2 jugak. aku rasa ramai je anak2 watan Perak yang berkaliber untuk menjadi duta untuk negeri sendiri kan...apalah salahnya ketengahkan mereka2 ni, tak ruginya yopppppppp

6 comments:

Lia said...

betoi tu kan.. pilih le dari anak jati perak, ramai lagi yg glam2 juga.. :)

azieazah said...

Sebagai orang Perak, I pun rasa tak patut. Macam dah takda calon lain?

uyaitusaya said...

vote la teman, teman anak jati pegh0k..haha

Cik Sibuk said...

sebagai orang bukan perak pun saya rasa tak patut! bukannya takde orang perak yg hebat2..apedaaa

lagipun ac tu bukannya hebat sgt pon..

Mimy Hamid said...

tak sesuai la dia ni...tak nampak apa ciri ciri nya

Ann Ishak said...

sebab glamer terlebih kot, tu yang terpilih