Tuesday, January 17, 2012

Pengantin baru yang tak berapa baru dah

Sebab apa...haaaaaa sebabnya waktu kejadian adalah tahun lepas punya cerita. punyelah selak2 album gambo katanya kan, terus terjumpa gambo2 ni yang tak keluar media lagi...ewah falling2 retis pulak ek. teruslah aku pakat2 keluarkan jugak dekat media yang memang tak glamor aka biasa2 ni (blog akulah tu). pengantin memang dah booked date sebulan sebelum tapi biasalah cakap2 mulut ni manalah kami nak ingat, sudahnya abang pengantin sampaikan kad walimatulurus pulak.

trend orang sekarang2...tetamu kena sign guest book cute ni, nak tulis dengan pen kaler apa semua ada

Since memang dah tau tarikh majlisnya senanglah aku nak arrange time dengan Faizal pulak, mamat ni memang susah sikit nak dapatkan masa free nya. lagi pun pengantin ni jugak adalah kawan dia tapi aku pulak cuma kawan dengan abang pengantin je.

Hidangan lauk pauk pengantin adalah best, sambal tempe tu dua kali jugak bangun pegi ambik tambah...ingat kali ke tiga nak bangun ambik tambah lagi tapi dah rasa malu tiba2. rojak buah pun ada termasuk manisan.

Ni kan kawan Faizal, aku suruh je dia yang tulis dekat guest book tu. lagi pun tulisan dia cantik....hahaha motip sebenarnya aku malas nak tulis pun. kerja tulis menulis tu memang aku serah bulat2 dekat mamat ni saja.

Aku kan abang, so seperti aku kabokan tadi...waktu kejadian adalah tahun lepas 01.10.2011 cantik tarikhnya. best kan setiap ahli keluarga pengantin akan memakai tag nama ni, so senanglah para tetamu nak tau ahli2 keluarga dalam majlis ni.

Lah VE adalah antara artis udangan untuk majlis ni, since aku memang suka mamat ni meh aku tepek sampai 2 gambonya. selain dari Lah VE, Najwa Latif pun ada jugak perform tapi waktu tu kami tengah makan...tak kuasalah nak berkejar nak ambik gambo dia pun. sipi2 je pelaminnya kan tapi i tell u, the pelamin adalah sangattttttttttttttttttttt cantik tapi susahnya nak ambik full pelamin sebab ramai sangat orang turun naik atas pentas tu.

Orang yang paling aku tak sangkalah boleh jumpa dekat sini, of course lah bukan Mimie tapi tu ha...mamat gebu's tu. dia adalah kawan masa office lama kami. lama dah tak jumpa dia ni since dia resign dari tempat kerja lama dulu, adalah hampir 3 tahun jugak kot rasanya.

Aku bukannya minat nak kejar retis ni tapi kalau dah ada dalam satu majlis yang sama, adalah jugak keinginan nak bergambo sama ye dak. Zizan turut hadir dalam majlis ini sebab pengantin perempuan adalah pengurusnya. Zizan jugak turut hadir masa majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis berlangsung.

Memang tak henti2lah tetamu datang sehinggakan dalam waktu kami nak balik lebih kurang 3pm pun masih ada lagi yang baru sampai. ramai jugak kenalan kedua2 mempelai ni...ramai yang memberkati pasangan ini, amin.

Mamat gebu's ni namanya Hanif. as i know him before lah ek, dia ni memang anti retis ko...tak pernah nak minat langsung retis tempatan ni. yang international je dia layan, berlagaklah kononnya kan hahahahaha. tapi sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku sepanjang beberapa tahun kami tak berjumpaan ini. sekarang kalau nak jadi ahli fan club Zizan, meh cari mamat ni especially untuk peminat2 dari Melaka tu. sekarang dah jadi pengurus fan club retis ko, tanjat maimun... cubalah tengok dekat pelamin tu, aku rasakan sepanjang majlis berlangsung sehinggalah orang sibuk2 ambik gambo...pengantin langsung tak dapat turun dari pelamin tu. ada sajalah orang nak bergambo sama.

Dalam kesibukan nak berborak melayan di layan orang ni, tetiba aku ternampak hantu ko...takut jugak siot. tu ha tetiba aku nampak hantu ayu dalam Hantu Bonceng, ni real punya tak main2 tau...cuba korang tengok gambo tu.

Aha ini anak bujang ahkak, dah besar kan...alahaiii kemain rambut cacak2 lagi. inilah kawan aku aka abang kepada pengantin lelaki dan kawan sekelas Faizal jugak. aku cuma kenal dia ni aja tapi Faizal kenai seluruh ahli keluarga ini, maklumlah kawan sejak dari sekolah lagi.

Inilah hantu ayu dalam citer Hantu Bonceng tu, Juliana Evans. cantiknya kemain minah ni, suka datin maimun tengok tau.

apa2 pun yang paling gebu's ini adalah kepunyaan ku, korang ada. mestilah ada kan tapi tak segebu's ini hahahaha

Kemainlah daring betul anak bujang ni, takmo langsung lepas dari bapaknya ni. maknyalah yang best bebas ke mana saja, tu yang memang takde gambonya dalam list album kali ni. takpelah aku jadi mak pinjam sekejab je, cukup syarat nak ambik gambo ni.

Hadiah pintu dari pengantin untuk para tetamu yang hadir. dapat mug tau dengan kudapan2. gambo mug takde tapi yang pasti bukan mug yang lukis2 tu tau, ni ada penutup punya...boleh digunakan untuk buat ayak milo panas.

5 comments:

Azlan Hasan said...

nie wedding sape kak??ramai gak retis yang datang..hehehe..

Regards,
-Strider-

Mimy Hamid said...

entry lama kak oi..pengantin pun berbulan madu kat UK...hehehe apapun kita pun mcm kenal sgt perantin sampai balik lewat kerana retis heheh

KhaiRin - anies said...

amboi...msk melodi ke ni? hehehe

Mama Ema said...

wow, siap artis datang tu..

Ann Ishak said...

Strider - kawan akak punye adik

Khairin - anies - tahlah, tak ambik pusing pulak pasal tu