Friday, January 13, 2012

Recycle bag ganti plastik

Biasa shopping hari Sabtu, mestilah biasa kan dah kira hujung2 minggu tu. masanya nak membeli segala barang2 rumah, barang basah kering, event kain baju luar dalam semua mesti kita nak buat hujung minggu je kan. hari biasa pun boleh jugak tapi agak penatlah lepas balik kerja tu nak mengukur shopping mall pulak. kalau dah pergi shopping tu, sepanjang jalan mesti kita akan nampak orang mengendong barang2 yang di beli dengan tangan je atau pun ada jugak yang membawa recycle bag sendiri...tapi tak terlepas jugak ada je yang berplastik yang pada hari tu kenekan bayaran RM0.20 je. murah tu memanglah murah tapi adakah kita ni menyumbang kepada persekitaran yang bersih dan sihat.


Aku memang suka simpan recycle bag dalam bonet kereta di rumah mahupun dalam handbag. dalam bonet biasanya akan simpan dalam 3-4 bag, biasalah kalau beli barang2 dapur ni ada yang basah keringnya kenalah asingkan supaya barang tak rosak. dekat rumah pulak biasanya aku gunakan yang kecik2 tu, senang untuk dijadikan bekas bekal makanan. tapi kalau untuk sampah sarap dekat rumah, of course lah aku taruk dalam plastik je... dalam handbag pulak aku simpan recycle yang boleh lipat2 tu, satu gantung dekat beg duit syiling dan satu lagi memang sentiasa ada dalam handbag. senangkan sebab aku ni asyik terbeli barang je, so masa nilah nak guna pun recycle bag tu.


Janganlah hanya pada hari Sabtu je yang kita kena amalkan menggunakan recycle bag ni tapi kenalah setiap hari. banyak keburukan plastik ni dan mengambil masa beratus tahun untuk hancur dalam tanah somemore. takkanlah kita nak tinggal dalam keadaan yang penuh dengan sampah sarap, bau yang busuk dan menjejaskan kesihatan diri sendiri dengan keluarga...so kenalah berubah dari sekarang.


Fakta Keburukan Beg Plastik


1. Satu beg plastik mengambil masa lebih 100 tahun untuk lupus jika di tanam dan jika dibakar, memberi kisan negatif kepada alam so what else to do.

2. Plastik adalah bahan berasaskan polimer sintetik atau semi-sintetik dah sah2 memang susah untuk dilupuskan.

3. Polimer sebagai bahan plastik dibuat daripada sumber berharga iaitu minyak. Lebih banyak plastik digunakan semakin berkuranglah bekalan minyak yang menjadi sumber utama tenaga, bolehlah jadi serempang dua mata kan.

4. Pembuatan beg plastik, menghasilkan bahan karsinogen benzen. jika plastik dibakar akan membebaskan karsinogen iaitu bahan penyebab kanser.

5. Andai ditanam, bahan toksin di dalamnya menyerap ke dalam tanah dan mencemarkan sumber air serta menyebabkan tanah itu tidak sesuai untuk pertanian, takkan nak makan daging je lepas ni.

6. Haiwan boleh mati jika tertelan bag plastik yang disangka makanan kerana ia tidak boleh dihadam. dilaporkan sekurang2nya 267 spesies laut menderita akibat terjerat atau tertelan sampah laut. hampir 90% dari sampah laut adalah plastik.

7. Beg plastik mengandungi satu bahan dikenali sebatian organik Bis(2-ethylhexy)phthalate atau juga disebut DEHP atau phthalates(THA-latest) iaitu satu bahan yang akan membuatkan plastik menjadi lembut dan mudah lentur.

8. Penyelidik di Harvard pada tahun 2002 mendapati kesan kimia phthalates boleh merosakkan DNA sperma manusia. jangan satu hari nanti manusia jugak pupus sebab kealpaan kita pulak.

9. Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan nyawa jugak.

10. Terdapat juga pasar raya hyper mereka cipta beg plastik yang akan terurai sendiri dalam masa beberapa bulan dan ini mengurangkan masalah sampah.

3 comments:

Eri-chan said...

aku pun suka buat stok simpan beg. senang nak shopping.

Mimy Hamid said...

kadang lupa kadang ingat...bila bawak tak beli pulak..gerammm dah beli tak bawa pulak

Ann Ishak said...

simpan je yang boleh lipat tu dalam handbag, mesti ingat punye