Wednesday, January 11, 2012

Sakit bila dikecewakan

Bohonglah kata kalau aku tak pernah kecewa. Ye…aku pernah kecewa dalam cinta walaupun usia cinta tu dah mencecah sepuluh tahun. Bukan aku kecewa sebab putus cinta tu tapi kecewa sebab aku dah buang terlalu banyak masa menanti pada sesuatu yang tak pasti menjadi milik kita. Kecewa jugak sebab si dia tak pernah nak menghargai masa yang dah dilalui selama itu dan terlalu mudah nak berpaling tadah. Aku tak pasti sebab apa kami putus, yang aku tau si dia menghilang senyap sepi tanpa khabar. Memang cukup sakit hatilah tapi sejak dari itu aku tak pernah berharap pada hubungan jarak jauh walaupun aku dah kenal seluruh keluarganya. Murah sungguh cinta waktu tu aku rasa.

Tapi sekarang aku bahagia dengan cinta yang satu ini yang dah 7 tahun bertahta di hati. Tak perlu aku menyesal dengan kisah cinta kecundang sebelum ini kerna ia memberi laluan untuk aku mengenali yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga jugak. Kecewa memang sakit tapi aku belum cukup berani nak ambik risiko dikecewakan selepas kawin pulak.

Eh terpanjang pulak intro soal hati dan perasaan sendiri…abaikan je ye.

Tapi nak ke kita2 (ni termasuk korang jugaklah) bercinta selepas kawin. Maksudnya kita tak kenal pun pasangan kita tu, tengok muka setakat dalam gambar…tak pun dengar cerita dari orang lain. Ala hok sekarang ni kata family planning. Kenal tengok muka pun masa majlis akad nikah, mau pening jugak tu kan. Mesti kekok gilozzz la sampai tak tau nak mula kata lagu mana dulu. Tapi bila tengok orang tua kita dulu pun tak bercintan cintun bagai, Alhamdulillah bahagia sampai la ni. tu time depa tapi time kita sekarang ni…boleh guna pakai ka gaya gitu. Ni pendapat masing2 la ye, aku memang lebih prefer kenai2 dulu la…buatnya loklak yang lebih nanti, mau pening sekampung.

Kalaulah ini terjadi ye, yakinlah bahawasanya jodoh ajal maut itu di tentukan olehNYA.


Redha itu ikhlas...pasrah itu menyerah, erkkkkk

10 comments:

Kakzakie said...

Rasanya pakai family kenalkan sekarang nie dah jarang berlaku.. tapi kalau baik tak salah rasa kakak...

Mimy Hamid said...

nasib la kalau parent kenal kan tu ok..ala parent skrang dah open lagi dia suruh kita cari sendiri...tak kira la berapa lama kenal..yang penting serasi...then on jalann seterusnya..

azieazah said...

Ayat yang last tu macam pernah dengar jer si “Mila” cakap.. hehehe


Benar. Cinta tu subjektif. Lepas kahwin atau belum kahwin, jika kita redha, bahagia pasti milik kita...

KhaiRin - anies said...

yg skt tu la yg membuka mata kite..

Eri-chan said...

tak kenal maka tak cinta.
cinta lepas kawin pun ok jugak.
yang penting sentiasa menyuburkan perasaan cinta tu.

fiza nurani said...

Semua yang kakak-kakak cakap kat atas saya setuju :)

uyaitusaya said...

Allah sengaja temukan kita dengan pasangan yang salah supaya kita lebih berhati-hati dalam 'berkawan' kemudiannya.. :-)

sarzli usm said...

moga kekal hingga akhirat..

Cik Anita said...

belum bersedia untuk pilihan family..

:)

Ann Ishak said...

jodoh kita memang dah ditentukan cuma kita je yang tak tau sapa lagi