Thursday, January 5, 2012

Start school again...

Sekejab je masa berlalu kan, pejam celik pejam celik dah musim persekolahan bermula…musim sesak di jalan pun dah bermula nampaknya ye.

Persiapan aku sekarang ni (ha…jangan tak caya dowh) aku dah practice bangun awal sejak dari minggu lepas lagi. maunya kena practice, dah sebulan lebih kot aku bangun lewat je sebab tak perlu keluar rumah awal untuk pegi kerja. Keluar 730am still sempat sampai office sebelum 8am, tak ke cepat tu dengan perjalanan sejauh 12km je.

Tapi sekarang, memang cari nahaslah kalau tetap nak keluar rumah 730am kan, maunya sampai selepas 830am nanti. So aku kena pastikan before 7am aku dah keluar dari rumah to avoid traffic yang menggila dekat taman rumah aku ni. ha…aku dah start sangkut dari rumah lagi tau, belum lagi long q dekat AKLEH tu nak kena hadap.

Bukanlah kata musim persekolahan ni menyusahkan semua orang untuk ke tempat kerja tapi kita2 orang pekerja ni kenalah keluar awal untuk mengelakkan dari tersangkut. Agak terpaksalah jugak tapi aku memang sanggup je keluar awal dari tersangkut berjam2.

Sekarang bukan musim aku menghantar anak2 pergi sekolah tapi masa tu akan tiba jugak nanti…so jangan nak salahkan mereka2 yang menghantar anak2 ke sekolah ye. Mereka dah tentulah perlu memastikan kesalamatan anak2 mereka terjamin setiap kali pergi dan balik dari sekolah, ya Allah lindungilah mereka dan keluarga mereka…amin. Kepada adik2 yang dah mula bersekolah sekarang ni, Selamat Memulakan Alam Persekolahan, belajar rajin2 supaya boleh menyenangkan makpak di masa hadapan. Teringat kenangan zaman sekolah aku dulu, macam2 ragamnya...tapi taklah sampai my father belikan seluar pendek untuk aku pakai pulak, upssssss tersasul sudah