Thursday, February 16, 2012

Dinner @ Al-Rawsha Restaurant

Malam tadi pegi makan makanan arab lagi and kali ni bersama Faizal pulak, sakit hatinya kot sebab bininya dah makan ala2 arab di office. siap bawak balikkan nasi arab untuk dia sekali tapi dia nak jugak feel2 arab, mengada sungguh. apa lagilah menapak pegi ke Bulatan Kg Pandan tu, bukan takat feel2 arab aku bagi, dengan bangunan ala arab sekali.

Dah bosan asyik makan nasi mandi je, kali aku makan lamb kebsa RM19 pulak. memang bestlah, portion punyelah banyak...setiap kali kami makan dekat sini, memang akan order satu main dish sahaja. bukannya kedekut tapi satu single main dish boleh untuk 2 orang makan, banyak sangat tu dan aku memang tak mampu nak abiskan kalau makan sorang2. lepas tu memang tak lupalah mintak cili hijau tu, suka makan sebab garing betul.

Mango Juice RM10

Al Rawsha Salad RM12

Honey Dew Shake RM12

Lepas tu layan desert pulak, Mix Ice Cream RM15

Aku memang suka sangat dengan interior dalaman restaurant ni, luas sangat...boleh pilih nak duduk dekat arah mana2 pun. cantikkannn

Dahlah makanan memang sedap sangat, service pantas tak menunggu lama pun dan yang paling penting takde apa tax dikenakan...memang ikut harga makanan semata. harga makanan pun taklah mahal sangat, kira ala2 mampu makanlah. nak survey, meh la....

Al Rawsha Restaurant

No 8, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9200 6600
Fax: 03-9281 4585
Email: rawsha.restaurant@gmail.com


Visit their website
www.alrawshakl.com for more information, menu and price list.

4 comments:

Eri-chan said...

aku jugak yg tak pergi2 tempat ni.. asyik lalu lalang jekkk

Liza Razak said...

saya pon suka makan kat al rawsha ni..start masa zaman restoran ni kat jalan damai.skrg dah jarang makan sane sbb dah jauh dr rumah..huhu

Irfa said...

setakat ini cuma makannasi arab kat saba' cyberjaya dan mikraj di nilai sj..

Ann Ishak said...

cubalah makan dekat sini, insyaAllah tak mengecewakan nanti