Monday, February 6, 2012

Dinner @ Cowboy Place Port Dickson

Aku pernah keluarkan entry pasal tempat makan ni tapi malas nak cari dalam entry yang lepas2, takpe meh aku ulang tayang semula tempat makan yang sama tapi kini dah berubah rupa. dah lama sebenarnya aku tak datang sini...tetiba my laki pulak teringin nak makan, teruslah pegi PD semata2 nak makan ayam panggang. oh ye dekat sini hanya menyajikan ayam panggang dan ikan sahaja, senang je nak cari tempatnya betul2 sebelah PD Marina Resort di;

Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan

Watie di 019-626 0976
Addy di 019-308 8302 untuk mengetahui lebih lanjut
2pm-10pm from Tuesday to Friday and 12noon-10pm from Saturday to Sunday
Isnin cuti da...

tu senarai harganya, sila tengok sendiri...berbaloilah harganya.

Yang ni pulak set yang didatangkan sekali dengan nasi putih kukus, 1/4 ayam panggang, sup dan sos cili

air pulak tak banyak pilihan, yang ada cuma sirap, anggur dan orange je...nak jus2 buah dengan soft drink, sorry takde

Nampak sedap kan tapi ayam ni tak berperasa sangat memang manis2 dari daging ayam tu sendiri, kalau terus makan ala2 macam takde garamlah. kalau nak makan kena perasakan sendiri dengan sos cili yang di sediakan.

sup kosong

sos cili yang disediakan tapi AWAS memang pedas tau, aku memang cecah ujung2 jari je

Kalau korang perasan, dekat kedai ni hanya menggunakan polisterin saja, memanglah tak pencinta alam sekitar betullah kedai ni.

Dinasihatkan kalau tak tahan pada keadaan yang panas, jangan datang waktu siang hari...tempat ni di kawasan tanah lapang. pepaham jelah kalau dah panas berdentung tu.

Bersesuai dengan nama kedai tu sendiri Cowboy Place, haruslah tempat pun bertemakan cowboy jugak...tapi bila pegi kedai tomyam tak pulak nampak ala2 berada di Thailand kan hahahaha. selain dalam kedai, luar kawasan pun ada disediakan khemah untuk tempat2 duduk pelanggan jugak.

Sungguh pun tempatnya begini tapi jangan risau kerana toilet dan surat turut disediakan. tak sanggap cepat betul membangun kedai ni. masa aku datang setahun yang lepas, kedai ni cuma di bawah khemah je...takdenya bangunan gitu. itu bermakna memang banyak untung kan...alhamdulillah

2 comments:

Eri-chan said...

cam menarik ayam tu

Ann Ishak said...

kalau menarik meh cuba dulu